Buletin

MITSUBISHI OUTLANDER SHOGUN SPORT SVP CONCEPT, TAMPIL BIASA-BIASA

Di Birmingham, United Kingdom sekarang sedang berlangsung Pameran Kenderaan Komersil 2019. Banyak model-model istimewa dipamerkan di sana termasuk sebuah Mitsubishi Outlander Shogun Sport SVP Concept.

Di peringkat ASEAN, SUV ini dikenali sebagai Mitsubishi Pajero Sport.

Berdasarkan pendapat kami, model SVP Concept kali ini tampil biasa-biasa sahaja jika dibandingkan dengan dua lagi model iaitu Mitsubishi L200 Barbarian SVP dan model konsep L200 Barbarian.

Mitsubishi L200 Barbarian SVP – Ini lawa!

Menurut Mitsubishi, model konsep ini hadir dengan tema dan kelengkapan off-road seperti roda aloi Predator 18 inci, tayar AT BF Goodrich dan tambahan arka roda supaya sesuai dengan trek baharu yang kini 40 mm lebih lebar.

Bahagian suspenesi pula diubahsuai semula dengan kerjasama Walkinshaw Performance Limited dan Koni sputa serasi dengan roda dan tayar baharu.

Talaan juga dibuat supaya menawarkan keselesaan untuk pemanduan off-road dan dinamik pemanduan.

Untuk pemanduan dalam pelbagai jenis cuaca, Shogun Sport SVP Concept dilengkapi lampu LED di atas bumbung dan lampu PIAA ala rali di gril depan.

Melengkapi pakej luaran ialah spoiler belakang, gril baharu dalam warna merah dan hitam, lampu depan hitam dan pelbagai pelekat grafik pada badan.

Pada bahagian dalam, kerusi depan ditambah dengan bahan lapik pada pada sisi depan dan belakang dan corak grafik sama seperti pelekat luaran.

Lampu mood berwarna merah dipadankan bersama riasan merah seperti bahagian badan luar.

Dari segi mekanikal, model konsep ini digerakkan oleh enjin 2.4 diesel turbo berkuasa 181 hp dan tork 430 Nm. Enjin itu dipadankan bersama transmisi lapan kelajuan automatik dan sistem 4WD Super Select.

Tujuan Mitsubishi Shogun Sport SVP Concept dipertontonkan di Birmingham ialah sebagai previu kepada Shogun Sport yang akan ditawarkan kepada umum dalam masa beberapa bulan lagi.

Sekali lagi pada pendapat kami, model yang ditawarkan elok ditambah lagi  perisa supaya sepadan dengan edisi SVP lain dan imej lasak Mitsubishi.

Google ads
Back to top button