Buletin

MITSUBISHI TRITON TAMPIL DENGAN VERSI LUMBA!

Mitsubishi Triton baru sahaja dilancarkan. Di atas jalan raya pikap ini masih kurang namun setiap kali berselisih auranya tidak dapat dipisahkan.

Walaupun baru, sudah ada unit yang diubah suai untuk perlumbaan. Pikap ini akan digunakan di dalam Siri ECB SuperUtes 2019 di Australia.

Pertandingan ini bakal menyaksikan pelbagai pikap bersaing dalam tempoh selama lapan minggu dengan jumlah keseluruhan 24 perlumbaan.

Menariknya ini bukan projek penala atau bengkel bebas tetapi sebuah pasukan dikenali sebagai Team Triton Racing yang disokong oleh Mitsubishi Motors Australia.

Pasukan Triton Racing akan menggunakan tiga buah Triton Series 6 dalam perlumbaan musim ini.

Pemandu pasukan terdiri daripada Elliot Barbour, Cameron Crick dan Craig Dontas.

Selain itu, pemenang dua kali rali Dakar, Toby Price akan turut memandu pada pusingan terpilih kejohanan.

Berikut ialah maklumat tentang Mitsubishi Triton SuperUte yang telah diubah suai:

  • Menggunakan badan asas Triton biasa – Berat pikap yang dibenarkan ialah 1800 kg
  • Enjin 2.4 liter turbo diesel telah diubah suai dengan beberapa komponen baharu seperti camshaft yang dipertingkat, oil sump yang ubah suai, injektor dan fuel rail lebih besar
  • Pengecas turbo baharu iaitu GTurbo high-flow dan intercooler yang kedua-duanya lebih besar, radiator tahan lasak dan sistem pengurusan enjin Motec
  • Kuasa enjin ialah 344 hp dan 677 Nm tork dengan daya pecutan dari 0 km/j hingga 100 km/j hanya mengambil masa di bawah tiga saat
  • Kelajuan maksimum ialah 241 km/j

  • Sistem ekzos berukuran tiga inci Torqi dengan manifold OEM asal
  • Suspensi depan diubah kepada spring dan penyerap hentak  SupaShock
  • Differential belakang dan spring daun diganti dengan pakej kawalan SuperUtes, lengkap dengan differential perlumbaan dan set tetapan boleh laras SupaShock versi perlumbaan
  • Kotak gear standard diganti dengan Tremac 6060 enam kelajuan manual dengan klac dan flywheel daripada Australian Clutch
  • Tayar 20 inci PDW dengan tayar Yokohama R-Spec, sistem brek Brembo
  • Rangka keselamatan (roll cage) yang diluluskan Confederation of Australian Motorsport Ltd (CAMS)

Perlumbaan pertama musim ini bermula pada penghujung Mac di Adelaide Street Circuit dan pasukan berjaya menduduki tempat ketiga dalam tiga perlumbaan tersebut.

Google ads
Back to top button