Buletin

MODEL TAS KL YANG KURANG MENDAPAT BIDIKAN PENGUNJUNG – VR32 STEALTH NISSAN GT-R

Tidak syak wasangka lagi, ini adalah sebuah model lagenda Skyline R32 yang paling gila sekali pernah ada. Apatah lagi ianya adalah hasil kerja tangan Smokey Nagata daripada Top Secret yang cukup sinonim dengan penganjuran Tokyo Auto Salon.

Inilah dia model VR32 Stealth Nissan GT-R yang turut dipamerkan di Tokyo Auto Salon KL pada minggu lepas. Berpeluang melihatkan secara berdepan sebuah jentera yang dibina secara cukup eksklusif, satu – satunya sahaha di dalam dunia. Sebuah model asal R32 tetapi telah disumbat dengan memuatkan enjin moden daripada R35.

Sebelum memuatkan proses transformasi perubahan enjin asal ke sebuah enjin yang jauh lebih moden dan berteknologi sudah tentu kerja – kerja intensif  pengukuhan terhadap kerangka badan model BNR32 ini dibuat terlebih dahulu.

Hasilnya VR32 Stealth GT-R berjaya menyumbat enjin 3.8 liter dan sistem transmisi milik R35 tanpa masalah dengan menggunakan turbo BB800 daripada Top Secret sendiri dengan output maksimum melebihi 1,000 HP.

Boleh dilihat roll cage dan tube bracing di bahagian bawah fender hadapan turut dipasang bagi menambahkan lagi keutuhan casis BNR32 ini untuk menerima beban kuasa.

Melengkapkan penampilan luaran adalah penggunaan roda aloi daripada OZ Racing Challenge bersaiz 18 inci dengan balutan tayar Bridgestone POTENZA. Sistem brek yang handal juga diperlukan untuk pemberhentian jentera yang buas ini dengan menggunakan Brembo enam pot depan dan empat pot belakang bersama dengan cakera 380mm.

Bahagian kabin R32 ini sekali lagi menyaksikan jelmaan R35 membabitkan pemasangan papan pemuka, konsol tengah, kluster instrument, panel pintu serta stereng R35 daripada Top Secret sendiri. Ini baru betul meng-JDM-kan JDM.

Cuma masalahnya sewaktu TAS KL itu hari, tak ramai jejaka yang ingin mendekatinya. Mereka lebih menggemari mengambil gambar R35 dan juga FL5 yang bersepah bagaikan jarum di dalam peti.

Itu hari berselisih dengan Smokey Nagata di pintu masuk TAS KL pun tiada siapa yang mengejarnya. Entah mereka fikir siapalah lelaki separuh abad yang sedang melintas masuk ke pesta muda mudi ini.

BACA : NISSAN SKYLINE R32 CF PENUH – MODEL INI JUGA BAKAL HADIR DI TASKL NANTI

BACA : NISSAN SKYLINE R32 GTR DICURI DARI TEMPAT PAMERAN – BERANI BETUL PENCURI NI

Google ads

B K

Back to top button