Artikel PilihanModifikasi

JAY LENO DAN KISAH DI SEBALIK NISSAN SKYLINE GT-R HAKOSUKA SEDAN

Kereta-kereta klasik di Jepun pada hari ini menjadi buruan peminat JDM di seluruh dunia. Amerika antara pengimport tegar kereta-kereta klasik kerana peraturan mereka hanya membenarkan import masuk kereta yang berusia lebih 25 tahun. Sebenarnya ia peraturan yang sama dengan negara kita. Cuma bezanya, matawang mereka EMPAT kali lebih tinggi dari nilai Ringgit.

Sebab itu juga kereta-kereta seperti Skyline GT-R, NS-X, R32 dan RX-7 lebih banyak terbang ke Amerika berbanding negara lain. Keinginan tinggi itu juga bukan sahaja pada masyarakat biasa, tetapi juga terbabit dengan selebriti. Kalau dah Jay Leno yang ada garaj bernilai beratus juta pun dah minat JDM, apa lagi yang tinggal untuk kau?

BACA: KISAH ROCKY AUTO DAN HAKOSUKA

Selain individu, syarikat yang mengimport masuk model ini juga berkembang pesat di sana. Dan ini adalah contoh dari syarikat Original Rare yang berjaya menbawa masuk sebuah Skyline GT-R Hakosuka empat pintu atau sedan. Ia memang rare!

Ia dikenali dengan kod PGC-10, Nissan Skyline GT-R ini hanya dibina sebanyak 832 unit. Kebanyakan model ini dibeli (pada eranya) untuk tujuan prestasi, ia dibawa ke trek perlumbaan dan dilanyak. Tidak banyak yang selamat sampai ke hari ini.

Menurut Original Rare, dianggarkan hanya dua daripada ini yang kini berada di Amerika Syarikat.

Nissan Skyline pertama GT-R pada dasarnya merupakan versikhas dari Skyline biasa yang telah bersedia untuk berlumba. Kuasa datangnya dari enjin enam selinder sebaris 2.0 liter yang menghasilkan 160hp dan dikendalikan dengan gearbox manual kelajuan lima kelajuan.

BACA: HAKOSUKA WAGON YANG RARE

Model yang dipaparkan ini bagaimanapun telah dinaiktaraf dengan karburetor Weber 45mm serta sistem ekzos header yang berbeza, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 200hp.

Tidak seperti pemacu GT-R moden yang dipasangkan dengan sistem pacuan empat roda 4WD Hakosuka yang asal dipacu roda belakang belakang yang bersih dan ringan yang dibina untuk memenangi perlumbaan.

Ia sebuah kereta yang sempurna pada eranya dan Jay Leno bertuah kerana berpeluang memandu salah sebuahnya.

Ikuti video dibawah

Google ads
Back to top button