Artikel Pilihan

MOTOR ELEKTRIK PERLUKAN SISTEM PENYEJUKAN, LEBIH EFISYEN

Jika anda sering mengikuti perkembangan kereta elektrik, anda mungkin tahu bahawa pesaing Tesla iaitu Lucid Motor menggunakan motor elektrik dengan sistem penyejukan khas bagi menyejukkan motor elektrik dalam keadaan pemanduan ekstrim.

Kebanyakan motor elektrik dibina daripada stator iaitu bahagian tengah motor yang dibalut dengan wayar tembaga, akan menghasilkan medan elektrik apabila arus elektrik mengalir di dalam wayar. Stator akan bertindakbalas dengan magnet kekal dalam motor elektrik bagi menghasilkan tork untuk menggerakkan kereta elektrik

Kajian yang dilakukan oleh GKN iaitu salah satu pembekal motor elektrik mendapati jika digunakan secara berterusan, wayar tembaga ini berupaya menjana haba di peringkat mikroskopik. Secara ideal, motor elektrik beroperasi dengan efisyen antara suhu 100 C ke 150 C, namun jika suhu motor meningkat ia akan menjadi tidak efisyen

Peningkatan suhu pada wayar tembaga tadi akan meningkatkan nilai rintangan dalaman wayar, menyebabkan berlakunya thermal expansion atau pengembangan wayar tembaga akibat suhu yang tinggi. Keadaan ini mengubah tolerans binaan motor elektrik, semakin banyak tenaga elektrik yang diperlukan dan suhu motor akan sentiasa meningkat

Menurut GKN, kaedah penyejukan yang dicadangkan ialah dengan mengalirkan minyak pelincir menerusi kaedah tiub (journal) dan menerusi syaf motor elektrik. Kaedah penyemburan adalah tidak praktikal disebabkan ia akan menghasilkan parasitic drag

Cecair penyejukan yang berasaskan glycol (alkohol) juga tidak disarankan disebabkan ia bersifat konduktif menjadikan minyak pelincir adalah pilihan utama. Keadaan ini akan menyebabkan cecair penyejuk yang berasaskan alkohol menghasilkan caj statik pada motor elektrik.

Setakat ini minyak pelincir pilihan ialah minyak pelincir yang digunakan dalam transmisi automatik (Auto Transmission Fluid). Selain berfungsi menyejukkan motor elektrik, cecair ATF ini juga berguna untuk melicinkan operasi gear tunggal pada sistem gear EV.

Google ads
Back to top button