Motosikal

BONNEVILLE T120 & T120 BLACK

Kehadiran model Triumph Bonneville bakal memberikan pilihan lebih segar buat penggemar motor klasik.  Triumph memperkenalkan Bonneville T120 dan T120 Black, baru-baru ini di United Kingdom.

triumph-Bonneville-t120-mekanika (4)

Model serba baharu itu hadir dengan sejumlah perubahan terkini. Ia dilengkapi oleh enjin lebih besar 1,119cc penyejukan air.  Kapasiti itu mampu menghasilkan tork lebih besar 105Nm pada kitaran enjin 3,100rpm.

Dengan kata lain, Bonneville T120 dan Bonneville T120 Black dapat memberikan pecutan 54 peratus lebih agresif berbanding generasi T100. Malah enjin T120 mempunyai engkol yang lebih berat dan nisbah mampatan lebih rendah.

triumph-Bonneville-t120-mekanika (10)

Walaupun Bonneville lebih cepat mencapai kelajuan, tetapi penghantaran kuasa ke roda belakang lebih halus. Ini kerana Bonneville turut dilengkapi teknologi ride-by-wire untuk mengawal bukaan pendikit.

Dari segi penampilan, Bonneville T120 dan T120 Black masih terlihat klasik. Tetapi pihak Triumph tetap menerapkan nilai moden dalam rekaannya.

triumph-Bonneville-t120-mekanika (3)

Bentuk tangki  masih kelihatan retro. Sementara, penggunaan lampu LED pada hadapan dan belakang menambah kesan moden. Dua meter bulat gabungan digital dan analog turut memudahkan penunggang. Tersedia maklumat tetapan mode tunggangan, posisi gear, speedometer, odometer, tetapan dua perbatuan dan baki minyak.

Model ini juga didatangkan dengan sistem keselamatan ABS.

triumph-Bonneville-t120-mekanika (2)

Sementara, versi Bonneville T120 Black ditawarkan dengan skim warna hitam dan pelana coklat gelap. Kemasan warna hitam boleh dilihat pada rim, ekzos, bingkai enjin dan rel pemegang belakang. Penggayaan itu memberikan imej kontemporari berbanding penampilan klasik T120 standard.

Menariknya, pada majlis berkenaan Triumph turut melancarkan lima model Bonneville. Selain T120, model Street Twin, Thruxton dan Thruxton R turut diperkenalkan. Cuma pihak Triumph Motorcycle Ltd. masih tidak mendedahkan spesifikasi lengkap kesemua model.

triumph-Bonneville-t120-mekanika (9)

Model  T120 ditawarkan dengan skim warna badan, merah-perak, hitam-putih dan hitam-merah.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button