Motosikal

DRAGSTER RR VERSI LEWIS HAMILTON

Pengeluar motosikal Itali, MV Agusta bekerjasama dengan pelumba F1, Lewis Hamilton bagi menghasilkan jentera lebih buas. Model itu dinamakan sebagai MV Agusta Dragster RR Edisi Lewis Hamilton.

MV AGUSTA- BRUTALE RR- LEWIS HAMILTON- MEKANIKA (3)

Kolaborasi itu bakal menghasilkan Dragster RR yang lebih garang dan bergaya. Layaknya seorang pelumba litar.

Dragster RR Edisi  Lewis Hamilton itu dibangunkan bersama pasukan rekaan  MV Agusta CRC (Castiglioni Research Center). Ia mengambil kira spesifikasi dan prestasi mengikut keinginan  Hamilton. Sekali gus menghasilkan mesin edisi terhad yang sempurna.

MV AGUSTA- BRUTALE RR- LEWIS HAMILTON- MEKANIKA (4)

Gabungan sebuah jentera yang memiliki penampilan radikal bersama idea pelumba terbaik dunia ini bakal menjadi resepi kejayaan buat MV Agusta.

Buat masa ini masih tiada lagi maklumat lengkap tentang jentera itu. Yang pasti Dragster RR Edisi  Lewis Hamilton  tersebut akan dipasang dengan tangan. Cukup menarik.

MV AGUSTA- BRUTALE RR- LEWIS HAMILTON- MEKANIKA (1)

Kolaborasi antara MV Agusta dengan pelumba pasukan F1 Mercedes AMG dicapai setelah Mercedes-AMG mengambil alih  25 peratus saham MV Agusta.

Tonton video di pautan ini: https://www.youtube.com/watch?v=2vkly6fTuns

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button