Artikel Pilihan

MPV YANG COOL (SEJUK) YANG BOLEH DIBELI DI SINGAPURA

Walaupun segmen kenderaan tujuh penumpang / MPV di Singapura agak kecil, namun itu bukanlah halangan buat pengeluar untuk berlumba – lumba menawarkan model terkini kepada rakyat di sana. Tidak terkecuali Proton Exora turut mencuba nasib di sana. Namun tahukah bahawa terdapat banyak pilihan yang boleh dipilih.

Honda Freed

Satu perkara yang harus diakui, jenama Honda agak bersepah di Singapura, tetapi tidaklah segelintir orang kita yang ‘batak’ logo H tak tentu hala. Untuk segmen MPV, Honda Freed generasi kedua ini boleh dikatakan sebagai laku keras juga. Mudah untuk ditemui di ruangan parkir bertingkat. Walaupun mempunyai ruangan kargo yang sempit, namun harus diingat, pengguna di sana tidak menggunakannya untuk pulang ke kampung. Habis kuat pun setakat nak balik kampung dari Woodlands ke Pasir Ris sahaja. Dan tahukah bahawa varian Hybrid yang dijual turut laku keras juga. Kini pasaran terpakai di sana sudah boleh dibeli dengan harga $80,0000 (RM243,048). Keras juga harga terpakai Honda di sana kan?

Citroen Grand C4 Picasso

Jemu dengan MPV dari Asia, maka bolehlah beralih arah kepada keluaran Eropah pula. Citroen Grand C4 Picasso ini pun nampak cool juga penampilan luarannya. Menggunakan enjin 1.6 liter BlueHDi turbo, ianya sarat dengan beberapa ciri mewah, tipikal MPV jenama Eropah seperti bumbung panorama yang besar dari hadapan sampai ke belakang.

Dari segi saiz, MPV Citroen ini jelas menang dari segi saiz bagi kebanyakan pemilik MPV Kompak yang ada di sana. Sudah tentu rata – rata pemilik asalnya banyak tinggal di perumahan terrace di West Coast Ave. Ajaibnya juga setelah sekitar lima tahun dalam pasaran, harga terpakainya tidaklah teruk sangat, sekitar $57,000 (RM173,242) sahaja.

Renault Grand Scenic

Terdapat sebuah lagi MPV keluaran Eropah yang tidak kurangnya bergaya dan cool. Renault Grand Scenic ini jelas sekali mempunyai kelebihan dari segi rekaannya yang cukup bergaya dan menawan. Berbanding saudara si Citroen dengan rekaan yang cukup esklusif, Renault pula menampilkan rekaan agak sporty walaupun ianya sebuah MPV.

Sebagai sebuah MPV Eropah, sudah tentu ciri eksklusif dan mewah tidak diketepikan begitu sahaja. Bumbung panaroma turut tersedia untuk penumpang nikmati suasana malam yang tenang. Renault ini menggunakan enjin 1.5 liter dCi turbo yang cukup berkuasa serta menjimatkan bahan bakar. Malah, ianya mempunyai menjimatan bahan bakar yang agak bagus juga, hanya 4L/100km. Dan tahukah juga bahawa MPV ini turut memerima beberapa anugerah seperti Best MPV 2017 (UK Car of The Year Award) dan Best 7 Seater MPV (2017 ST Torque Award).

Toyota Prius Alpha

Rasa macam tak lengkap pula senarai pilihan MPV BK sekiranya tidak menyenaraikan Toyota Prius Alpha ini. Sesungguhnya, jenama Toyota juga punya pengaruh yang cukup kuat buat pengguna di sana, apatah lagi Toyota Wish yang turut popular sebelumnya tidak berpengganti. Maka, MPV hibrid yang merupakan saudara kandung Toyota Prius ini menjadi pilihan berikutnya untuk pengggemar Toyota.

Menggunakan enjin 1.8 liter yang digandingkan dengan sistem Hibrid, bateri Lithium-Ion sudah tentu menjimatkan bahan bakar. Maka tidak hairan jugalah seandainya MPV Kompak ini agak mudah untuk ditemui di ruangan parkir flat HDB.

Kredit Foto : www.sgcarmart.com

BACA : KERETA YANG SEJUK (COOL) YANG BOLEH DIBELI DI SINGAPURA

BACA : KOLEKSI KERETA POLIS JEPUN YANG COOL

Google ads

B K

Back to top button