
MUZIUM MUSCLE CAR CITY NAK LELONG 200 KERETA KLASIK
Muzium Muscle Car City yang terletak di Puta Gorda, Florida, Amerika Syarikat (AS) akan melelong lebih 200 kereta pada acara Mecum bermula 22 hingga 23 Januari ini.
Bangunan yang menempatkan khazanah automotif itu dibina Rick Treworgy dan banyak memberi tumpuan kepada model Chevrolet malah menempatkan sebanyak kira-kira 80 model dari semua generasi Corvette.
Treworgy pernah merancang menjual koleksi berkenaan pada tahun 2022 tetapi selepas pandemik Covid-19 menyebabkan muzium berkenaan kurang dikunjungi pelawat.
Dana Mecum menyakinkan Treworgy bahawa ia amat sesuai untuk melepaskan koleksi kereta berkenaan.
Antara kenderaan yang akan dilelong Mecum pada Jumaat ini termasuk beberap pikap Chevrolet dari tahun 1950-an dan 1960-an, Chevrolet Camari, Chevelle, Pontiac GTO, Chevrolet Impala dan Bel Air.
Selain itu, terdapat juga model Chevrolet K5 Blazer yang akan menarik minat ramai pembida pada lelongan berkenaan.

Pada hari lelongan kedua pula, terdapat tidak kurang daripada 48 Covette yang ditawarkan kepada orang ramai.
Ia termasuk Corvette ZR1, Corvette Z06 dan model Stingray.
Kesemua kenderaan yang dijual melalui lelongan tidak boleh dirizab terlebih dahulu. – carscoops
- BACA: MUSTANG FORD V FERRARI TERMAHAL DALAM LELONGAN. DIJUAL PADA HARGA $3.4 JUTA (RM16 JUTA)
- BACA: TIGA KERETA REPLIKA IKONIK FILEM BAKAL DILELONG JABATAN MARSYAL AMERIKA SYARIKAT
- BACA: BELI KERETA LELONG, JUMPA DADAH BERNILAI RM3.6 JUTA
- BACA: FERRARI 250 GT CALIFORNIA SPYDER TIRUAN INI DILELONG PADA HARGA RM1.6 JUTA!