Artikel Pilihan

MARI BELAJAR BERDIET DENGAN MAZDA MX5. SETIAP GRAM BERHARGA

Mazda ada 2 kereta sport ikonik, iaitu Mazda Miata MX5 dan juga Mazda RX. Berbeza dengan RX-7 yang menggunakan enjin rotari, Miata ataupun MX5 hadir dengan konfigurasi ringkas. Rekaan kereta sport 2 pintu, tanpa bumbung (atau softop), pacuan belakang dan enjin yang berada di depan. Idea asal kereta ini dicetuskan oleh Bob Hall yang merupakan peminat kereta sport British.

Tapi berbeza dengan kereta British, MX5 merupakan kereta sport yang boleh diharap dan selesa dipandu. Model terbaru direka dengan enjin yang berada di belakang gandar depan atau kita boleh sebut sebagai Front Mid Engine, Rear Wheel Drive. Apabila MX5 NA hadir pada 1989, ia hanya seberat 960kg sahaja, jadi tiada masalah walaupun ia hanya hadir dengan enjin 1600cc sahaja. Enjin 1800cc dan 2000cc diperkenalkan kemudian

Apabila model MX5 NB diperkenalkan pada 1998, beratnya menjadi 1065kg tapi diberikan dengan enjin 1800cc manakala versi MX5 NC diperkenalkan 2005 pula beratnya hanyalah sekitar 1110kg sahaja bagi versi manual softop. Model NC ini bertambah berat disebabkan lebih banyak peralatan keselamatan ditambah bagi memenuhi syarat regulasi keselamatan jalan raya

Tapi bila model MX5 NC diperkenalkan, Mazda cuba mengekalkan kelebihan MX5 yang asal iaitu cesi yang ringan dipadankan dengan enjin yang kecil. Pada pendapat Mazda, cesi yang ringan bukan sahaja membantu dari segi pengendalian disebabkan pemandu boleh memasuki selekoh dengan lebih agresif, tapi turut menyumbangkan kepada mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida. Semakin ringan kereta, semakin kurang penggunaan petrol dan pelepasan asap gas karbon dioksida

Idea ini dicetuskan oleh Shigeo Mizuno, Program Manage MX5 semenjak tahun 2003 lagi yang dikenali sebagai Mazda Gram Strategy. Apabila Mizuno meletakkan target 100kg pengurangan berat, semua ahli pasukan dan jurutera Mazda megatakan ia adalah mustahil dan Mizuno dah jadi gila. Tapi Mizuno tegas dengan matlamatnya, bagi dia kalau Mazda tak berusaha, syarikat Mazda tak mampu bersaing secara kompetitif. Jadi jurutera membaraikan sebiji MX5 NB dan mencari jalan untuk mengurangkan berat, komponen demi komponen

Hasilnya adalah seperti berikut:

1. Penggunaan high strength dan ultra strength steel bagi platform – jimat 10kg

2. Menggunakan aluminium bagi blok enjin – jimat 5kg

3. Anti roll bar berongga – 2.4kg

4. Kerangka tempat duduk high strength steel – 2.4 kg

5. Sistem steering -0.6kg

6. Rongga kemasukan udara resin plastik – 2.4kg

7. Penutup injap enjin plastik – 1.3kg

8. Aluminium upper arm dan lower arm double wishbone -3.6kg

9. Brake caliper aluminium -1.5kg

10. Rear bearing supprt -1.75kg

11. Aluminium boot lid -2.5kg

12. ABS sistem yang baru – 1.1kg

13. Cermin pandang belakang -84gram

Kalau anda rasa berat 84 gram itu kelakar, Mazda telah menukar semua bolt dan nut mereka kepada jenis Torx Head berbanding nut biasa bagi menjimatkan 8gram berat bagi setiap nut. Setiap kereta menggunakan beribu-ribu bolt dan nut jadi Mazda dapat menjimatkan beberapa kilogram berat daripada kereta.

Model NC dilancarkan dengan berat sekitar 1110kg bagi model softop. Apabila model MX5 ND dilancarkan pada 2015, beratnya turun dengan mendadak. Varian terendah dengan enjin 1500cc manual softop hadir dengan berat 961kg sahaja, hanya 1 kg sahaja lebih berat berbanding dengan model NA walaupun makin sarat dengan peralatan keselamatan. Bagi varian 2000cc manual softop, beratnya hanyalah sekita 1080kg, iaitu 20kg lebih ringan berbanding dengan model NC

Ini pula video menunjukkan bagaimana MX5 ND boleh menjadi seimbang 50:50 depan dan belakang

Google ads
Back to top button