Buletin

30,000 PEKERJA FORD BOLEH KERJA DARI RUMAH UNTUK SELAMA-LAMANYA

Penularan pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah merubah landskap pekerjaan secara total.

Bukan sahaja syarikat-syarikat terpaksa gulung tikar tetapi para pekerjaan perlu menyesuaikan diri menjalani norma baharu bekerja dari rumah.

Para pekerja syarikat pengeluar kenderaan Ford, akan meneruskan norma baharu bekerja dari rumah walaupun pandemik berakhir kelak.

Menurut laporan Washington Post, Ford memperkenalkan polisi baharu membenarkan ribuan para pekerja bekerja dari jarak jauh di Amerika Utara.

Bermula pada Julai, para pekerja Ford akan diberi pilihan jadual bekerja hibrid yang membenarkan mereka kembali ke pejabat untuk mesyuarat berkumpulan ataupun mengendali projek secara bersemuka serta bekerja dari rumah.

Sebanyak kira-kira 30,000 pekerja Ford di Amerika Utara mempunyai pilihan meneruskan kerja secara jarak jauh dengan waktu bekerja yang fleksibel.

Sejak enam bulan lalu, Ford memantau kaedah bekerja dari jarak jauh dan ia memberi kesan kepada produktiviti dan kesejahteraan para pekerja.

Dalam satu tinjauan, 95 peratus pekerja global Ford memaklumkan mereka lebih gemar bekerja sendiri dan dari jarak jauh selepas pandemik.

Bahkan, ramai antara mereka beranggapan lebih produktif dan seronok apabila bekerja dari rumah.

Ford merupakan pengeluar utama kenderaan mengumumkan pendekatan kerja fleksibel tersebut.

General Motors mengesahkan para pekerja yang bekerja dari rumah akan kembali bertugas di pejabat pada bulan Jun atau Julai dengan jadual lebih fleksibel bergantung kepada tanggungjawab pekerja itu. – agensi

Google ads
Back to top button