
NAK BAYARAN BULANAN PERCUMA 6 BULAN? BELI VW TIGUAN
Tiguan dilapor sudah berjaya mencatat jualan enam juta unit dan menjadi model terlaris Volkswagen untuk tahun 2019.
Bagi meraikan pencapaian tersebut, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini menyediakan tawaran yang sukar ditolak buat mereka yang sedang berkira-kira untuk mendapatkan kereta baharu.
Anda tidak perlu membayar bayaran bulanan selama enam bulan jika membeli sebuah Tiguan dan didaftarkan sebelum 30 Jun 2020. Pelanggan yang membuat tempahan menerusi Volkswagen eShowroom juga akan menerima rebat tambahan sebanyak RM4,000.

Untuk lebih mudah, pelanggan boleh memilih supaya SUV baharu itu terus dihantar ke rumah menerusi perkhidmatan Volkswagen Home Delivery. Tetapi, pastikan rumah anda berada dlaam radius 20km dari mana-mana pengedah sah Volkswagen.
Tiguan menggunakan khidmat enjin turbo 1.4L TSI dengan sistem pancitan terus bahan api. Mampu menjana kuasa mencecah 150PS dan tork 250Nm di antara 1,500 to 3,500rpm, ia dipadankan dengan kotak gear 6-kelajuan DSG. Penggunaan bahan api juga cukup baik iaitu sekitar 800km bagi setiap setangki penuh.
Ruang kabin Tiguan menampilkan paparan beresolusi tinggi dengan skrin boleh ubah bersama leboh 30 pilihan kombinasi. Aspek ketersambungan pula
Dari segi keselamatan, SUV itu dilengkapi enam beg udara, Electronic Stability Control (ESC), Multi-collision brakes, Intelligent Crash Response System (ICRS), Electronic Parking Brake (EPB) dan hill-hold control.
Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my