
NAK BOOKING PERODUA AXIA 2023? NAK PILIH VARIAN MANA? G, X, SE ATAU AV?
Perodua Axia generasi kedua akan membuat kemunculan terbaru dalam bulan ini berdasarkan laporan yang diterima. Bagi pembaca yang berminat, anda sudah boleh membuat tempahan Perodua Axia baru ini bermula pada 31 Januari 2023 lagi dengan 4 varian ditawarkan setakat ini.
Secara umum Perodua Axia akan dikuasakan dengan enjin 1000cc 3 silinder lengkap dengan teknologi Variable Valve Timing with Intelligent atau VVTi yang akan menjana sehingga 67 kuasa kuda pada 6000 RPM dan juga 91Nm tork pada 4400 RPM. Semua varian akan menggunakan enjin ini dengan padanan transmisi DCVT.
Tapi apakah penawaran ciri-ciri antara varian G, X, SE dan juga AV. Berdasarkan maklumat brosur teaser yang boleh diperolehi di laman sosial, kami cuba membuat educated guess penawaran ciri bagi setiap varian Perodua Axia 2023
1. Varian G – menawarkan rekaan rim sport yang sama dengan semua model tapi varian G akan menggunakan lampu depan halogen dengan reflektor. Varian G juga diberikan cermin sisi yang boleh dilipat manual tapi masih boleh dilaraskan dengan menggunakan bantan kuasa elektrik.
Lampu isyarat membelok akan dipasang di bahagian sisi fender depan serta kusyen belakang dengan perehat kepala tidak boleh dilaras. Dengan harga RM 38,600 kami menjangkakan ia tidak menerima pemanas cermin belakang, push start button, keyless entry dan hanya 2 pembesar suara untuk sistem audio
Semua warna iaiatu Coral Blue, Lava Red, Glittering Silver, Granite Gray dan Ivory White boleh ditempah dalam varian G, X, SE dan AV
2. Varian X- menerima lampu depan LED, pemanas cermin belakang, ciri push start button dan juga keyless entry. Namun persamaan varian G dan X ialah, enjin tidak akan dipasang dengan ciri Eco Idle, menjadikan penggunaan bahan api sekitar 25.3km bagi seliter petrol. Varian X juga tidak diberikan butang Power Mode
3. Varian SE – selain daripada lampu depan LED yang boleh menyala secara automatik, push start button dan keyless entry, varian SE akan menerima cermin sisi yang boleh dilipat secara automatik dan boleh diubah dengan menggunakan kuasa elektrik. Lampu isyarat membelok akan diposisikan pada cermin sisi untuk rekaan yang lebih menarik. Lampu LED DRL juga akan diberikan sama seperti varian AV
Varian SE akan menerima ciri ECO idle bagi membolehkan ia mendapat purata penggunaan bahan api 27.4km bagi setiap liter petrol selain butang Power Mode. Untuk bahagian dalam, SE akan menerima kusyen belakang dengan perehat kepala boleh laras, mungkin pengecas telefon yang lebih banyak dan penyangkut minuman pada kusyen kiri dan kanan
4. Varian AV – dengan harga RM 49,500 varian AV akan menerima lebih banyak ciri menarik seperti 6 beg keselamatan udara, sistem amaran titik buta, sistem amaran trafik lintasan belakang, lampu depan dengan ciri Auto High Beam, radio dengan skrin sesentuh sebesar 9 inci serta meter digital dengan 4 rekaan berbeza sebesar 7 inci
Varian Av juga MUNGKIN akan menerima ciri Adaptive Cruise Control bagi membolehkan ia menerima sistem pemanduan sendiri tahap 2 apabila digandingkan dengan ciri Lane Departure Prevention, Lane Keep Assist dan Lane Departure Warning. AV juga menerima ciri tambahan seperti perakam video digital serta kusyen balutan separa kulit
Hanya varian AV yang menerima ciri ASA lengkap dengan brek pra-perlanggaran, amaran pra-perlanggaran, pedal misoperation, dan front departure alert. Pendek kata, semua ciri keselamatan ASA lengkap hanya ada pada varian AV sahaja
Ciri Keselamatan – Semua varian samaada G, X, SE dan AV akan menggunakan brek ABS dengan EBD, sistem kawalan kestabilan elektronik ESC, bantuan mula mendaki, kawalan cengkaman TRC untuk membantu cengkaman sewaktu mula memecut serta filem solar dan anti pecah.
Tekaan kami yang seterusnya ialah varian G dan X mungkin akan menerima 2 beg keselamatan udara, varian SE akan mendapat 4 beg keselamatan udara dan hanya varian AV menerima 6 beg keselamatan udara.