BuletinMotosikal

NAMPAK MACAM RSV4. TAPI CUMA DUA SELINDER – APRILIA CONCEPT RS660

Aprilia membuat kejutan di pembukaan Pameran Motosikal EICMA Milan 2018. Katakan Hai pada Aprilia Concept RS 660 – prototaip middleweight sportbike dari pengeluar motosikal yang berpangkalan di Noale, Itali.

Tiada butiran terperinci, tetapi Aprilia mendedahkan beberapa pandangan tentang RS 660 ini. Ia direka untuk generasi baru yang ingin memenuhi keperluan “di jalanan dan juga pada perlumbaan di litar.”

” RS 660 adalah pilihan yang mungkin sesuai untuk penunggang muda dengan saiz enjin yang lebih kecil. Ia lebih mudah dikendalikan tanpa mengabaikan potensinya bertarung di litar, “kata Aprilia.

Selain RSV4, penggunaan RS pada jenama Aprilia lazimnya digunakan pada cc yang lebih kecil – terutamanya RS250 yang dibina dari 1995-2005.

Aprilia berkata, nadi penggerak 660 ini adalah enjin dua selinder sebaris yang diperolehi daripada mesin 1100cc Tuono 1100 dan. Aprilia berkata, “konfigurasi ini dipilih untuk kecekapan prestasi yang jitu, tahap keluaran haba yang sangat rendah dan memberi kebebasan kepada pereka untuk membuat bingkai dan sistem gantungan yang ramping dan ringan.”

Enjin itu dipasangkan pada bingkai aluminium dan lengan ayun belakang yang membantu menurunkan berat badan. Enjin itu juga bertindak sebagai bingkai – konsep yang sama dibina pada RSV4.

Aprilia berkata sasaran RS 660 adalah “menjadikan Aprilia sebagai pemain utama dalam segmen pasaran yang strategik di Eropah, Asia dan pasaran Amerika.”

kredit : Ultimatemotorcycling.com

GALERI

Google ads
Back to top button