Artikel Pilihan

KERETA ENAK DENGAN KOS PENYELENGGARAAN YANG SEDAP – AUDI A4 B8

Alhamdulillah, hari ini saya berkenan untuk menulis tentang fakta penjagaan Audi A4 B8/8K. Umum mengetahui kenderaan ini agak banyak di atas jalan di negara kita yang tercinta ini atas sebab harganya sekarang amatlah berpatutan, rekaan yang menarik dan enjin yang berkuasa.

Sedikit trivia berkenaan kenderaan ini :-

– Dilahirkan pada tahun 2008
– Mempunyai enjin bersesaran 1,984cc EA888 dengan kod CDNC (208hp)
– Mempunyai enjin bersesaran 1,789cc EA888 dengan kod CJEB (168hp)
– Direka oleh Mr. Julian HΓΆenig (Luaran) dan Mr. Ingo Von Bargen (Dalaman)
– Body Style kenderaan ini mempunyai dua jenis iaitu Sedan dan Avant(Estate/Wagon)
– Produksi untuk kenderaan ini bermula dari tahun 2008 dan ditamatkan pengeluarannya pada tahun 2015
-Model Facelift dikeluarkan pada circa 2012-2015
– Kenderaan ini dilengkapi dengan sistem transmisi 7-Speed DSG wet clutch berkod 0B5(DL501)
– Sistem Transmisi 0B5(DL501) ini mampu menampung sehingga 600Nm torque ! Kuat !

Cukup bab trivia, sekarang kita masuk bab penjagaan(Maintenance)

πŸ› SERVIS

πŸ”§Engine Oil Service Package
Kapasiti minyak engine bagi kenderaan ini berjumlah 4.6 Liter. Kelikatan minyak enjin yang disarankan adalah 5W-40 dan 5W-30 Fully Synthetic. Harga bagi setiap kali servis adalah dalah lingkungan RM350-RM450.

πŸ”§Transmission Service Package
Bagi model ini, ianya menggunakan sistem transmisi DSG 7-speed wet clutch 0B5(DL501). Ianya juga popular dengan panggilan S-Tronic. Jadi, kos untuk menyelenggara sistem ini juga adalah berbeza dari model VW. Service Kit untuk model ini merangkumi :-
DSG Transmission Fluid
DSG Transmission Filter
DSG Transmission External Filter
DSG Transmission Filter Gasket
DSG Transmission Filter Housing Gasket
DSG Transmission Pan Gasket
Drain Plug
Labour
Kos adalah dalam lingkungan RM1,200-RM1,600.

BACA:Β FAKTA PENJAGAAN LAMBORGHINI GALLARDO

πŸ› COMMON WEAR & TEAR PARTS

Kalau dah namanya kereta, apa jenama lun tetap akan ada wear & tear parts. Jadi, bila dah dinamakan wear & tear parts tu. Ianya akan rosak/habis. Lambat atau cepat je.

Baiklah, kita mulakan.

πŸ”§Front Brake Pad
Banyak pilihan untuk bab ini. Maksud saya pilihan jenama. Sama ada tulen, OEM atau high temp pad. Terpulang pada empunya badan. Kos adalah dalam lingkungan RM580- RM950.

πŸ”§Rear Brake Pad
Naratif yang sama seperti pad brek depan. Kos dalam lingkungan RM450-RM750

πŸ”§Brake Disc/Rotor
Rotor adalah satu benda yang akan habis. Sama juga seperti brake pad, cuma jangka hayatnya lebih lama dari pad. Kos adalah dalam lingkungan RM3,000-RM3,500 bagi keempat-empat unit brake rotor.

BACA:Β FAKTA PENJAGAAN VW SCIROCCO

πŸ”§Mechatronic
Haaaaaaaa… Masalah mechatronic untuk Audi 0B5(DL501) ni lain sikit dari VW 0AM(DQ200). Rekaannya pun lain, aplikasinya lain, dan kosnya juga lain. Disini saya senaraikan sedikit simptom-simptom jika berlaku “mechatronic failure”.
βš™οΈKenderaan hanya boleh bergerak menggunakan gear ganjil (1,3,5,7) dan tak boleh undur.
βš™οΈKenderaan hanya boleh bergerak menggunakan gear genap (2,4,6,R) sahaja.
βš™οΈTak boleh engage pada D
βš™οΈPenukaran ke D atau R terasa kasar/keras
βš™οΈDownshift terasa kasar/kuat
Jika ada simptom-simptom di atas, jangan risau. Mungkin sudah sampai masanya anda menukar unit mechatronic kenderaan anda. Dan perlu diingat, adalah lebih baik DSG Fluid dan segala filter ditukar sekaligus. Kos ? Kosnya dalam lingkungan RM3,500-RM4,500

πŸ”§Clutch
Jarang sebenarnya masalah ni berlaku, tapi jika hendak berlaku juga, tiada siapa mampu menghalangnya. Kun Fayakun. Terima je lah ketentuan. Disini saya senaraikan serba sedikit simptom-simptom “clutch failure”
βš™οΈKenderaan bergerak berhenjut-henjut(jerking)
βš™οΈClutch slip
βš™οΈTiada kuasa ketika memecut, lebih lagi bila dalam keadaan mendaki.
βš™οΈSusah untuk masuk D atau R.
Untuk proses penukaran clutch, unit transmisi mestilah diturunkan bagi mendapat akses kepada unit clutch tersebut. Kosnya dalam lingkungan RM3,800 hingga RM7,800.

BACA:Β FAKTA PENJAGAAN VW GOLF 1.4Tsi

πŸ”§Tayar
Macam biasa, pergi usha sendiri.

πŸ”§Valve Seal
Rasanya selalu dengar kan masalah Enjin Audi makan minyak hitam. Jadi, ini adalah satu puncanya. Kebiasaannya, jika mahu menukar Valve Seal ini, kerja-kerja top overhaul hendaklah dilakukan. Akan terapi, sudah banyak workshop-workshop di negara kita mempunyai “special tools” untuk membolehkan Valve Seal ditukar tanpa mengangkat Head. Kosnya adalah dalam RM800-RM1,500. Susah kerjanya. Sebabtu upahnya mahal. Kalau masih makan minyak hitam macam mana ? Jeng jeng jeng…. boleh datang ke workshop, kita bagi jalan penyelesaian 😁

πŸ”§Belt
Belt ini menghubungkan kuasa dari enjin untuk memacu unit compressor dan alternator. Kos untuk menukar belt ini dalam lingkungan RM120-RM170

πŸ”§Spark Plug
Ketiga-tiga model ini mempunyai enjin 4 silinder, jadi hanya 4 biji spark plug yang diperlukan. Kos adalah dalam lingkungan RM350-450

πŸ”§Ignition Coil
Masalah coil ni sangat common bagi barisan model VAG. Kos adalah dalam lingkungan RM170-RM200 bagi setiap unit coil. Boleh juga masuk R8 coil pack, harga dalam lingkungan RM190-RM250 bagi setiap unit coil.

BACA:Β FAKTA PENJAGAAN NISSAN GT-R

πŸ”§Roof Lining
Bab ni kelakar ada, sedih pun ada. Haha. Banyak dah kes roof lining jatuh. Tapi takpe, masalah ni boleh diselesaikan dengan pergi ke kedai “leather/upholstery” berdekatan anda. Takpun minta geng-geng buat sunroof tolong setelkan, mereka pakar. Harga, bab ni tanya mereka sendiri. Haha

Jadi, ini adalah sedikit sebanyak perkara yang saya boleh kongsikan kepada tuan tuan dan puan puan sekalian. Kesimpulannya, tiada masalah untuk memiliki apa pun kenderaan asalakn Datuk/Datin,Tuan/Puan tahu akan “average” kos untuk menjaganya”

Nasihat saya, sebelum membeli kenderaan terpakai, buatlah dulu Pre-Purchase Inspection tak kira apa jenis kenderaan pun. Ini untuk mengelakkan tuan-tuan melaburkan lebih banyak duit kepada perkara yang tidak perlu dikemudian hari.

BACA;Β FAKTA PENJAGAAN BMW F30 3 SERIES

Harga yang diberikan adalah “average”. Jangan melenting jika dikenakan harga yang mahal di bengkel berdekatan anda kerana harga adalah berbeza bagi setiap kawasan. Tapi jika terlalu mahal dikenakan kepada anda, rajin rajin lah buat research ya.

Sekian, Terima Kasih.
Mohamad Yazid Bin Zaidi
Technical Advisor
MB Performance Pte Ltd

Tags
Google ads
Back to top button