Buletin

NANTIKAN KEMUNCULAN SUV MAMPU MILIK. LEXUS UX200 DI KLIMS 2018

Sewaktu majlis meraikan pihak media bertempat di pusat pameran Lexus di Mutiara Damansara semalam, pihak media diberitahu bahawa ada dua model yang akan diperkenalkan pada tahun ini.

Lexus Malaysia sah akan membawa masuk SUV terkecil mereka UX dan juga model terbaru generasi ke tujuh ES. Model ini akan dipertontonkan pada pameran KLIMS yang akan berlangsung November nanti

Lexus ES mungkin dianggap rata-rata peminat kereta eskekutif sebagai “klon mewah Camry” namun jika ia adalah Lexus, ia tetap sebuah Lexus.

Pun begitu, kami lebih tertarik dengan UX sebenarnya.

Dengan pasaran SUV yang semakin membesar, UX tiba pada waktu yang tepat. Tidak dinyatakan varian manakah yang akan dibawa masuk namun kami yakin, ia akan melibatkan model UX200 yang merupakan pilihan model “global” bagi kebanyakan negara.

BACA: LEXUS, PERTAMA DI DUNIA TAK PAKAI CERMIN SISI

Pencabar Lexus dalam gelanggang SUV subkompak premium ini akan menentang Mercedes-Benz GLA, Audi Q3 dan BMW X1.

Buat masa ini, Lexus hanya menghadirkan varian UX200, ia akan diikuti dengan UX250H dengan enjin hybrid tidak lama lagi.

UX200 generasi 2019 ini dikuasakan oleh enjin 2,0 liter baru yang menghasilkan 169 hp dan tork 205 Nm. Ia digandingkan dengan transmisi CVT pacuan roda hadapan.

Model pacuan AWD UX 250h pula menggunakan teknologi hibrid yang terdiri daripada enjin 2.0 petrol empat selinder bersama dua penjana motor elektrik yang menghasilkan 175 hp.

Lexus memilih sistem pemacu AWD dengan menggunakan penjana motor elektrik 7hp yang berasingan di bahagian gandar belakang belakang. Pengagihan kuasa di antara gandar depan dan belakang secara automatik diselaraskan oleh sistem Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) untuk daya tujahan optimum.

GALERI

Google ads
Back to top button