Modifikasi

AH SUDAH… KERETA MITSUBISHI APA NI?

Model ni sebenarnya dah jatuh tahap rare. Kalau ditanya bebudak wicet zaman sekarang, tentu Civic EF disebutnya. Jangan gelak dulu. Kaki kereta macam korang pun kadang-kadang terkucil jugak, memandangkan iras belakangnya yang hampir menyerupai model berkenaan. Dah lahir dari generasi dan segmen yang sama. Cuma tahap populariti yang membezakan antara keduanya.

Model generasi ke-3 ini diperkenalkan oleh Mitsubishi, bagi meneruskan legasi model Mirage dan Colt. Bermula pada tahun 1987, ia tidak diperkenalkan dalam bentuk hatchback semata (Cyborg / Swift / Fabio / XYVYX), tapi turut menampilkan versi sedan dan liftback.

Jangan tak tahu, ketiga-tiga varian ini ada merayap di sini walaupun dalam jumlah yang kecil.

BACA: ISWARA BERNADIKAN ENJIN MIRAGE

Ini kereta Sanny, antara Mirage terbaIk yang boleh dijadikan contoh paparan. Ketika ditemui, kereta ini sebenarnya datang dengan pemanduan sebelah kiri. Memang berkicap  jugaklah bila nak memotong.

Tapi sebab minat punya pasal, Sanny nekad meminang kereta ini selepas yakin dengan potensinya untuk dimajukan.

Nak tukar diri sendiri jadi kidal macam susah. Jadi kereta ini telah dihantar bertapa di bengkel, untuk menukar posisi pemanduannya. Tak apalah tak rare pun, janji praktikal dan selamat. Mujur lubang-lubang skrunya sama. Satu-satunya benda yang menunjukkan Mirage ini dulu adalah kidal ialah, kedudukan lengan wiper nya yang masih lagi terbalik.

Salinan papan pemuka JDM, kini dihiasi beberapa komponen penting seperti stereng Momo Race, deretan meter Defi serta meter 3 beradik Mitsubishi khusus untuk model ini.

Posisi pemanduan Sanny pulak, dipegang kemas tempat duduk Recaro SPG. Manakala penumpang sebelah, selesa dengan tempat duduk Recaro EVO III. Penambahan roll cage asal C53A, membantu mengukuhkan lagi casis di bahagian ini.

BACA: RARE. FIORE MIRAGE HATCHBACK 

Benda pertama yang menarik perhatian adalah unit sunroofsuper top’ pada bumbungnya. Bukan satu, tapi dua dan ia boleh dicabut keluar secara manual.

Satu lagi yang jarang kita tengok, sepasang wing fender yang diambil dari model Starion. Dulu ramai yang pakai, cuma sekarang je kurang popular. Selari dengannya adalah hood fiber mengikut acuan Mirage Cup, termasuk visor hood dan pelindung lampu depan dari Mirage spesifikasi Australia.

Pakej luaran ini seterusnya membawa kepada rim sukan putih jenis Desmond Regamaster Evo berukuran 16-inci. Ia kemudian dibalut getah buatan Bridgestone dari saiz 205/50R-16.

Tersembunyi di sebalik rim merupakan set brek milik EVO II, yang sudah memadai untuk menjinakkan Mirage ini. Pemasangan set suspensi GAB serta bar strut Kansai di ruang depan dan Cusco untuk belakang, membantu kereta ini berdiri mantap walaupun diasak di kawasan selekoh.

Berbanding varian lain, Mirage C53A diberi enjin 4G61T yang cukup ideal dengan saiznya. Tapi alang-alang nak tambah kuasa, ia telah digantikan dengan enjin 4G63T dari VR4.

Lepas pakai tak lama mana, ia telah dirombak semula untuk dikacuk dengan komponen dari EVO. Antaranya penggunaan kepala selinder, manifold kemasukan, throttle body, rel bahan api dan injektor dari enjin EVO II, serta pendawaian dan ECU dari EVO III.

Pakej ini diteruskan dengan peningkatan di bahagian sistem pendesak, di mana turbo TD05H yang digunakan, digantung pada manifold tanduk kustom bersama wastegate dari Tial.

Ia kemudian disejukkan oleh intercooler Blitz, lengkap bersama paip sambungan aloi dari Blitz. Lebihan tekanan yang tidak diperlukan, seterusnya dibawa keluar menerusi injap pelepas juga dari Blitz.

Sementara penyampaian bahan api pulak diuruskan oleh pam petrol Walbro, sambil dibantu regulator Works Engineering bagi melaras semula kadar tekanannya.

Sistem transmisi dipadankan dengan kotak gear Eclipse, yang dikunci menjadi pacuan roda depan. Klac pulak Sanny pilih yang jenis sukan buatan Casper Racing. Sementara sistem ekzos, kini lebih lawas dengan paip kustom 3-inci beserta peredam bunyi dari HKS.

BACA: COLT MIRAGE YANG HAMPIR PUPUS

Apa lagi nak bagitau pasal kereta nih? Rupa ada, kuasa ada, dari kidal ke kanan pun sudah.

Yang tinggal cuma kekalkan legasinya sampai bila-bila…

Spesifikasi

Pemilik                        Sanny San

Pengeluar                    Mitsubishi

Model                          Mirage C53A

Tahun                          1989 / 1999

Enjin asal                    4G61T

Modifikasi Enjin         4G63T VR4, kepala silinder, manifold kemasukan, throttle body,

rel bahan api & injektor EVO II, pendawaian & ECU EVO III,

penapis udara HKS, turbo TD05H, manifold turbo kustom,

wastegate Tial, intercooler Blitz, paip intercooler aloi Blitz, injap

pelepas Blitz, pam petrol Walbro, regulator Works Engineering

Transmisi                    Kotak gear Eclipse 2WD, klac Casper Racing

Ekzos                          Paip kustom 3-inci & peredam bunyi HKS

Luaran                         Hood fiber Mirage Cup, wing fender Starion, visor hood &

pelindung lampu depan Mirage Australia

Suspensi                      GAB

Brek                            EVO II

Rim & Tayar               Desmond Regamaster Evo 16-inci & Bridgestone 205/50R-16

Dalaman                      Komponen Mirage C53A JDM, stereng Momo Race, tombol gear Snap-On USA, meter Defi, meter Mitsubishi, tempat duduk Recaro SPG & Recaro EVO III, roll cage Mirage C53A

-PAK MAUN-

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button