Buletin

NAZA ITALIA LANCAR FERRARI 296 GTS. VERSI 296 GTB TANPA BUMBUNG. BERMULA RM1.45 JUTA

Selepas melancarkan secara rasmi Ferrari 296 GTB pada Mac lalu, Naza Italia kini memperkenalkan pula 296 GTS ke pasaran tempatan.

Sport car terbaharu enjin mid-rear dengan dua tempat duduk itu boleh anda miliki pada harga bermula RM1.45 juta (tidak termasuk insurans, duti eksais dan sebagainya).

Sedia maklum bahawa Ferrari 296 GTB ialah model supercar pertama Ferrari yang dilengkapi dengan nadi V6 hibrid. Jadi, 296 GTS (Gran Turismo Spider) ialah model yang menjadi pelengkap dan versi Spider kepada GTB.

Secara asasnya, 296 GTS hadir dengan rekaan bumbung jenis retractable hardtop (RHT). Ini membolehkannya mengekalkan rupa yang sama seperti model 296 GTB. Sistem bumbung retractrable itu memerlukan masa sekitar 14 saat untuk dibuka dan dipasang semula pada kelajuan 45km/j.

Senang cakap, itulah perbezaan paling jelas di antara 296 GTB dan 296 GTS. Sementara ciri-ciri lain adalah sama sahaja.

javascript:false 296 GTS turut menggunakan enjin V6 hibrid 2.9 liter yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 830hp dan tork 740 Nm. Kuasa itu membolehkannya memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 2.9 saat dan 0-200 km/j dalam masa 7.6 saat.

Kelajuan maksimum dihadkan kepada 330 km/j, atau sehingga 135 km/j jika anda memilih untuk menggunakan kuasa motor elektrik sepenuhnya. Sekali caj, Ferrari PHEV itu boleh dipandu sejauh 25km sahaja.

Memandangkan struktur bumbung boleh dibuka itu, Ferrari menitikberatkan aspek ketegaran casis bagi memastikan jentera tersebut kekal selamat dan tegar.

Jika dibandingkan dengan model 296 GTB, 296 GTS hanya 70kg lebih berat, walaupun selepas penambahbaikan dilakukan ke atas casisnya.  

Sama seperti 296 GTB, 296 GTS juga boleh dipadankan dengan pakej opsyen Assetto Fiorano. Ia melibatkan penyerap hentak boleh laras Multimatic, penggunaan bahan ringan gentian karbon dan tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 R.

Tidak ketinggalan, komponen gentian karbon pada bampar hadapan yang menambah 10kg kuasa downforce. Selain kemsan gentian karbon pada ruang kabin dan luaran.

Bagi memberi ketenangan jiwa kepada pemandu, jentera itu hadir dengan program penyelenggaraan lanjutan selama tujuh tahun. Program tersebut merangkumi semua penyelenggaraan berkala untuk tempoh tujuh tahun pertama atau perbatuan sejaun 120,000km.  

GALERI

Google ads
Back to top button