
MARC MARQUEZ MUNCUL BUAT PERTAMA KALI DENGAN LIVERI GRESINI DUCATI MOTOGP – STEADY BRO
Kini sudah masuk bulan Januari dan debaran MotoGP mula dirasai. Inilah masanya untuk pasukan-pasukan lumba memulakan ujian pramusim dan memperkenalkan barisan pelumba mereka. Gresini Racing membuka tirai dengan mendedahkan pelumba mereka untuk musim ini. Adi beradik Marquez, Marc dan Alex dalam warna rasmi pasukan Gresini, biru muda dan merah.

Untuk musim ini Marc Marquez akan bergandingan dengan adiknya Alex Marquez dalam pasukan satelit Ducati, Gresini Racing. Alex terlebih dahulu menyertai pasukan ini pada tahun 2023 dan membuktikan yang pasukan ini sebenarnya berupaya mencabar pasukan lain yang lebih ternama.
Alex sendiri membuktikan beliau seorang pelumba yang kompetitif dengan merangkul petak utama pertama kalinya di Argentina dan terus menaiki podium. Beliau kemudian menghadiahkan kemenangan kepada pasukan ini di Silverstone sebelum menyerlah di Malaysia. Hebat-hebat.

Sama seperti Alex, Marc turut berhijrah ke pasukan ini dari Honda, di mana beliau berjaya merangkul kejuaraan dunia sebanyak 6 kali. HRC gagal memberikan jentera yang berdaya saing untuk beliau sekaligus menyebabkan Marc merasa kecewa dan beralih arah. Beliau menjadi antara pelumba pilihan ramai untuk musim 2024 ini.
