Buletin

DIDAKWA BELI TOYOTA VELLFIRE UNTUK KEGUNAAN MB, SADA DISIASAT SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor sudah mengambil dokumen berkaitan pembelian kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire milik Syarikat Air Darul Aman (SADA).

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manapm memberitahu anggotanya turut bertemu dengan pihak pengurusan syarikat utiliti berkenaan bagi mendapatkan maklumat berkaitan pembelian kenderaan terbabit.

SPRM bagaimanapun tidak melakukan serbuan ke atas SADA, malah tiada kakitangan syarikat itu ditahan setakat ini. Siasatan masih di peringkat awal dan SPRM sudah mengambil beberapa dokumen berkaitan pembelian kenderaan itu untuk diteliti.

Sebelum ini timbul laporan menyatakan bahawa SADA didakwa membeli sebuah Toyota Vellfire berharga RM345,000 bagi kegunaan Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor yang juga Pengerusi SADA.

SADA kemudian terbabit menafikan Muhammad Sanusi terbabit dalam pembelian kenderaan bernombor pendaftaran KEP 5000 itu kerana keputusan pembeliannya dibuat oleh pengurusan tertinggi. – Astro AWANI 

Google ads
Back to top button