Buletin

NIKMATI DISKAUN RM10 UNTUK TIKET ETS BERMULA APRIL 2021

Sempena kempen promosi Cuti-Cuti Malaysia bermula April ini, pengguna Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) akan dapat menikmati potongan diskaun RM10 bagi setiap tiket yang dibeli. 

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memberitahu, kempen dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) itu akan berlangsung selama tiga bulan hingga 30 Jun depan.

Diskaun berkenaan bagaimanapun hanya boleh dinikmati pengguna yang membuat pembelian tiket melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau laman sesawang KTMB.

Langkah itu bertujuan menggalakkan penggunaan secara dalam talian sesuai dengan norma baharu Perintah Kawalan Pergerakan susulan COVID-19.

Selari dengan pelancaran kempen ini, KTMB juga ingin memaklumkan jualan tiket bagi perkhidmatan ETS untuk perjalanan 1 April hingga 30 Sept 2021 akan dibuka mulai esok, 15 Mac. Sebanyak 24 perkhidmatan ETS akan disedia menggunakan jadual waktu sedia ada.

“Jualan tiket ini dibuka bagi membolehkan orang ramai membuat perancangan awal untuk bercuti di dalam negeri tertakluk kepada arahan semasa oleh pihak kerajaan,” jelas KTMB dalam satu kenyataan pada Ahad.

Promosi diskaun di bawah kempen berkenaan akan diperluas untuk merangkumi perkhidmatan KTM Antarabandar dalam masa terdekat. – Bernama

Google ads
Back to top button