Buletin

NILAI JENAMA KIA NAIK 645 % SEJAK 2007 – NO. 11 DALAM INDUSTRI AUTOMOTIF

Nampaknya banyak perkara boleh dipelajari dari Kia Motors terutama sekali jika anda mempunyai jenama yang sedang membangun atau baru bermula. Ini kerana Kia bukan sahaja berjaya membangunkan serta memasarkan model-model digemari ramai tetapi juga seiring dalam membina penjenamaan yang kuat di serata dunia.  

Menurut laporan Jenama Global Terbaik Interbrand 2017 yang dikeluarkan hari ini, nilai jenama Kia meningkat sebanyak enam peratus sepanjang 12 bulan lalu kepada AS 6.68 bilion.

Dari segi ranking pula, Kia berada di tempat ke-69 jenama paling bernilai untuk dua tahun berturut-turut. Nilai yang dicatatkan pada tahun ini meningkat sebanyak 645 peratus sejak tahun 2007. Dalam kalangan jenama automotif pula, Kia sekarang berada di kedudukan ke-11.

Ranking yang dicatatkan Kia itu berada di hadapan sejumlah jenama popular lain termasuk pengeluar kenderaan premium dan mewah. 

Power to Surprise

Usaha yang dilakukan Kia ini bukan ibarat mencuba nasib atau saja-saja tetapi ia adalah hasil daripada usaha bersungguh segenap mereka yang berada dalam syarikat bagi mewujudkan hubungan emosi di antara produk keluaran mereka dan konsumer di setiap pasaran.

Sekarang ini Kia sudah pun mengungguli carta kualiti di pasaran ternama dunia. Sebagai contoh Kia berada di tangga teratas dua tahun berturut-turut dalam J.D. Power Initial Quality Study Amerika Syarikat. Kia turut berada di tempat teratas dalam J.D. Power Vehicle Dependability Study di UK dan Jerman pada tahun 2017.

Dengan momentum itu, Kia Motors Corporation baru-baru ini telah melancarkan sedan sport premiumnya yang pertama iaitu Stinger dan juga crossover hibrid Niro yang berjaya melonjakkan nama Kia sebagai pengeluar kenderaan sensasi dan dinamik.

KIA SPORTAGE SERBA BAHARU

Kia menonjolkan imejnya sebagai sebuah jenama yang memandang jauh ke hadapan melalui nadi kuasa canggih, teknologi inovatif dan juga reka bentuk berkualiti dan premium.

Kia juga banyak menggunakan teknologi digital untuk berhubung dengan konsumer di pasaran serata dunia. Di AS, Kia telah melancarkan NiroBot iaitu sistem mesej menggunakan FB Messenger yang khusus untuk menjawab pertanyaan dari pengguna media sosial mengenai Niro baharu dan mendapat jawapan dengan segera.

Di China pula, Kia memperkenalkan saluran YouTube Kia Surprising Lab bagi memaparkan teknologi yang terdapat pada model baharu K5 dan KX5. Contoh-contoh ini adalah lambang kepada usaha Kia dalam menggunakan teknologi supaya mereka dapat berhubung secara dekat dengan pengguna pada setiap masa.

Selain itu, Kia juga banyak melabur dan bekerjasama dalam acara-acara sukan berprofail tinggi. Kia banyak menaja program dengan FIFA, UEFA, NBA, LPGA dan juga Kejuaraan Terbuka Tenis Australia. Kaedah ini dapat mendedahkan jenama Kia dan berhubung dengan pengguna berjiwa muda di serata dunia.

Dari contoh yang disebutkan di atas maka jelaslah, menjual kereta bukan setakat membina produk yang bagus. Ia haruslah diiringi dengan penjenamaan yang kuat bagi mewujudkan kebolehpercayaan di kalangan bakal pembeli dan pembeli. 

BACA: TAHUKAH ANDA KUALITI KERETA JENAMA KIA LEBIH BAIK DARI PORSCHE?

BACA: INI KIA KEDUA PALING POPULAR DI AMERIKA? MACAM TAK PERCAYA

Google ads
Back to top button