Buletin

NISSAN ALMERA BLACK SERIES – BERMULA RM69,800  

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini memperkenalkan Nissan Almera Black Series baharu.

Harganya adalah seperti berikut (pakej Black Series bernilai RM8,500):

Sedan itu kini dilengkapi gril hadapan, perumah cermin sisi,spoiler trunk lid dan rim aloi 15 inci berjejari Y berwarrna hitam.

Ia juga dipasang dengan aerokit titanium gelap yang direka khas oleh TOMEI Powered Inc. Co., Ltd. TOMEI ialah satu jenama Jepun yang memang terkenal dengan teknologi dan prestasinya dalam sukan pemotoran.

 

Ruang kabin pula dipertingkat menerusi tempat duduk dengan kemasan titanium helap, paparan skrin audio Clarion 6.75 inci, kamera undur, serta ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Almera Black Series juga dilengkapi filem Solar Guard dan perakam video pemanduan (DVR) dengan sudut liar 150 darjah.

Jentera itu masih menggunakan enjin 1.5 liter empat silinder HR15DE dengan Sistem Continuously Variable-valve Timing Control (CVTC) yang menawarkan penjimatan bahan api sekitar 14.9km/l.

Sistem kunci pintar (i-Key), butang penghidup enjin dan kawalan suhu automatik turut disertakan.

Almera Black Series dipasang di kilang serta boleh didapati dalam varian E dan VL. Kereta ini hadir dengan jaminan selama lima tahun dan perbatuan tanpa had. Sementara jaminan aksesori pula adalah selama 3 tahun atau 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Pemilik Nissan Almera sedia ada yang berminat boleh menaik taraf kereta mereka dengan Aerokit TOMEI. Sila hubungi talian 03-4047 8786 atau e-mel ke [email protected]

GALERI 

Google ads
Back to top button