Artikel Pilihan

NISSAN 400Z LEBIH MURAH DARIPADA TOYOTA SUPRA 2.0 DI US. MACAM MANA NISSAN BUAT?

Nissan 400Z akan ditawarkan di Amerika dengan harga permulaan sekitar 40,000 USD memberikan satu tamparan hebat Toyota GR Supra yang dijual pada harga 43,000 USD. Setakat ini Nissan 400Z hanya akan ditawarkan dengan satu varian enjin 3000cc V6 sahaja yang menghasilkan 400 kuasa kuda dan 475Nm tork.

Sebagai perbandingan Toyota GR Supra yang berharga 43,000 USD hanya menggunakan enjin 4 silinder 2000cc turbo yang menghasilkan 255 kuasa kuda dan 400Nm tork sahaja. Boleh dikatakan di sini Nissan 400Z menang dari segi penawaran harga dan juga prestasi

Bagi model Toyota GR Supra varian 3000cc, ia datang dengan 382 kuasa kuda dan 500Nm tork tapi pelanggan perlu membayar sehingga 51,000 USD iaitu hampi 11,000 USD lebih mahal jika dibandingkan dengan Nissan 400Z. Secara logiknya, Toyota GR Supra dan BMW Z4 yang berkongsi platform sepatutnya dijual dengan lebih murah

Nissan 400Z pula yang dihasilkan secara sendirian oleh Nissan tapi mampu menawarkan harga yang lebih murah berbanding dengan pesaing mereka, malah jauh lebih murah berbanding dengan BMW Z4. Dalam menghasilkan projek kejuruteraan seperti menghasilkan kereta sport, kos paling mahal ialah kos R&D dalam menghasilkan komponen dan protokol ujian wajib

Sebagai contoh, bagi meminimakan kos R&D, Toyota dan BMW berkongsi platform dimana GR Supra dan BMW Z4 berkongsi platform yang sama iaitu platform BMW Cluster Architecture Platform (CLAR) namun Supra dihasilkan dalam bentuk coupe manakala Z4 dihasilkan dalam bentuk roadster.

Kedua dua kereta sport menggunakan enjin BMW B58 3000cc skrol berkembar yang sama dan varian yang lebih rendah berkongsi enjin B48 2000cc bagi merendahkan lagi kos pengeluaran. Kedua-dua kereta dibuat di kilang kontraktor Magna Steyr di Austria bagi memudahkan lagi proses pemasangan.

Pada hemat kami, Nissan mampu merendahkan lagi harga jualan Nissan 400Z milik mereka kerana kos pembangunan kereta sport ini adalah minima. Bagi model 400Z, Nissan menggunakan cesi Nissan FM Platform dimana FM merujuk kepada Front Midship atau kedudukan enjin pada cesi

Dalam 400Z, kedudukan enjin adalah di belakang gandar tayar depan bagi menghasilkan agihan berat 50:50 antara tayar depan dan belakang. Cesi ini adalah cesi yang sama digunakan oleh model 370Z. Menurut seorang jurucakap Nissan kepada Kuruma News “platform 370Z dan 400Z adalah sama tapi dipertingkatkan dari segi cesi, talaan, enjin dan juga rekaan luar

Hampir 80% komponen yang digunakan oleh Nissan 400Z adalah baru walaupun platform adalah sama bagi menghasilkan kualiti pemanduan yang lebih baik. Di Jepun, agensi kerajaan akan menilai proses permohonan pendaftaran baru bagi setiap model baru bagi memastikan model baru memenuhi peraturan keselamatan dan pencemaran alam.

Malangnya standard peraturan ini menjadi semakin rumit dan semakin susah untuk dilepasi menjadikan kos untuk menjalankan ujian semakin mahal untuk Nissan. Jadi langkah Nissan menggunakan semula platform Nissan FM adalah satu langkah bijak bagi menjimatkan kos pembangunan

Berbeza dengan Toyota yang sudah lama tidak menghasilkan enjin 3000cc 6 selinder sebaris, Nissan memang ada enjin 6 silinder V yang digunakan pada model Infiniti. Enjin VR30DDTT digunakan semula oleh Nissan bagi model 400Z, menghasilkan 400 kuasa kuda. Transmisi 6 kelajuan manual diambil dari model lama turut ditawarkan, satu ciri yang tiada pada GR Supra.

Mungkin satu-satunya komponen yang baru dihasilkan oleh Nissan ialah transmisi 9 kelajuan automatik yang digunakan oleh 400Z. Tapi itu tak menjadi masalah kerana sudah banyak kereta sport di dunia yang menawarkan transmisi automatik termasuklah GR Supra dengan gear 8 kelajuan yang dibekalkan oleh ZF.

Bagi kami, strategi yang digunakan oleh Nissan ini agak bijak bagi menghasilkan kereta sport mampu milik. Nissan perlukan semua sumber mereka bagi memastikan model 400Z ini laku keras dan memastikan syarikat Nissan keluar dari kemelut kewangan yang tenat.

Google ads
Back to top button