TOYOTA GR YARIS KALAHKAN NISSAN GTR, 0.4 SAAT SAHAJA BEZA
Toyota GR Yaris, sebuah kereta kompak sport 3 pintu dengan 3 silinder merupakan kereta yang dihasilkan menerusi reverse engineering hasil dari penglibatan Toyota dalam aktiviti perlumbaan rali. Antara kelebihan GR Yaris ialah memiliki cesi yang stabil, sistem pacuan semua roda yang boleh diubah bergantung pada mode pemanduan.
Disebabkan sistem AWD yang sangat canggih dan dibantu dengan cesi yang sangat ringan tapi tegar, Toyota GR Yaris berupaya mengalahkan kereta supercar seperti Nissan GT-R di litar. Media automotif UK iaitu Autocar telah menghasilkan video apabila 2 kereta ini dipandu uji di litar pada hari hujan.
Cuaca hujan dan sejuk menjadikan keadaan permukaan litar basah serta licin menjadikan Nissan GTR yang menggunakan tayar summer (khusus untuk musim panas) kelihatan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghantar semua kuasa pada permukaan jalan walaupun menggunakan sistem pacuan semua roda.
Walaupun litar ini pendek dengan bentuk oval, Nissan GTR yang berkuasa 600 kuasa kuda ini boleh mengalahkan Toyota GR Yaris dengan senang jika keadaan permukaan litar ini adalah kering. Namun dalam keadaan permukaan basah, cesi yang ringan, sistem AWD yang lebih pintar serta transmisi manual membolehkan Toyota GR Yaris mengalahkan Nissan GTR dalam masa 0.4 saat.
Enjin G16E-GTS pada Toyota GR Yaris dengan 3 silinder 1600cc ini cuma menghasilkan 272 kuasa kuda dan 370Nm tork pada 3000 RPM. Tapi disebabkan cesi GR Yaris ini memang direka untuk perlumbaan rali dengan ciri seperti jarak antara roda yang lebih pendek (2560mm, lebih pendek lebih laju untuk mengambil selekoh) dan berat sekitar 1315kg saja. GR Yaris adalah 453kg lebih ringan berbanding dengan Nissan GTR
Tapi ingat, jangan cuba cabar Nissan GTR di jalan kering kerana dengan 600 kuasa kuda kemungkinan besar ia boleh mengalahkan Toyota GR Yaris dengan senang. Catatan masa bagi GR Yaris ialah 48.9 saat berbanding dengan Nissan GTR yang mencatatkan masa 49.3 saat di jalan basah. Di jalan lurus Nissan GTR mencatatkan masa 174km/j berbanding dengan GR Yaris yang cuma mencatatkan masa 162km/j
Di selekoh pertama Nissan GTR mencatakan kelajuan 43km/j manakala GR Yaris 41km/j. Namun di selekoh kedua (long hig speed corner) GR Yaris mencatatkan halaju maksimum 90km/j berbanding dengan Nissan GTR yang hanya mencatatkan 80km/j. Di selekoh ini, cesi Nissan GTR yang berat di depan menyebabkannya terdedah kepada understeer.