Buletin

NISSAN BIMBANG PERTUMBUHAN PERLAHAN EV, TANGGUH PENGELUARAN INFINITI

Nissan memutuskan untuk menangguhkan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di Amerika selepas pertumbuhan begitu perlahan bagi segmen berkenaan.

Ini menjadikannya pembuat kereta terbaharu melaksanakan pelan sedemikian untuk kenderaan elektriknya di Amerika Syarikat selepas GM, Ford, Audi dan jenama lain.

Walaupun 2023 menandakan tahun terbaik dalam rekod jualan EV A.S., kadar pertumbuhan pada suku keempat adalah lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.

Nissan dalam satu kenyataan mengatakan, “keperluan untuk meningkatkan daya saing produk” sebagai di sebalik keputusannya untuk menangguhkan pengeluaran kereta elektrik baharu di kilang Canton, Mississippi.

Menurut laporan Autonews, sedan pertama, akan mula melancarkan barisan pengeluaran pada November 2026 manakala sedan kedua, yang akan dipasarkan sebagai Infiniti, bakal memulakan pengeluaran pada April 2027, lima bulan lewat berbanding jadual asal.

Tambahnya lagi, sumber yang tidak dinamakan memaklumkan bahawa Nissan bimbang tentang keuntungan dan permintaan untuk EV.

Harga untuk kenderaan elektrik kekal tinggi secara purata, dan dengan kadar faedah yang dinaikkan pada masa ini mempengaruhi penjualan selain, terdapat kebimbangan bahawa jualan dalam kategori ini mungkin mengalami penurunan pertama tahun ke tahun.

Sumber Autonews juga mendedahkan banyak pengeluar kereta “takut” dan sedang menilai semula pelaburan R&D mereka.

Perkembangan berkaitan, Nissan kini bercadang untuk melanjutkan pengeluaran sedan enjin pembakaran dalaman untuk setahun lagi.

Google ads
Back to top button