Artikel Pilihan

FERRARI MILIK GERHARD BERGER DITEMUI KEMBALI SELEPAS 28 TAHUN DICURI – KALAU DAH REZEKI

Sebuah Ferrari F512M yang dipercayai dicuri 28 tahun dulu telah berjaya ditemui kembali oleh polis UK dengan bantuan Ferrari sendiri. Rezeki memang tak salah alamat buat bekas pelumba Formula 1 Ferrari, Gerhard Berger.

Berger kehilangan kereta ini di San Marino Grand Prix tahun 1995 dan beliau merupakan seorang dari dua pemilik yang kehilangan Ferrari pada masa kejadian. Selepas siasatan di jalankan, Ferrari milik Berger itu didapati telah dihantar terus ke Jepun. Haih sampai 28 tahun baru dapat kesan ke?

Kereta kereta tersebut kekal di negara matahari terbit sehingga 2023 sebelum ia dihantar ke UK dan menarik minat seorang pembeli warga AS. Polis mendapat maklumat tentang sejarah kereta tersebut yang agak mengelirukan dari Ferrari sendiri. Siasatan Ferrari meyakinkan pihak polis yang kereta tersebut adalah kereta curi.

Polis Metropolitan London segera melancarkan siasatan peringkat global dan berkeyakinan penuh yang kereta tersebut memang milik Berger. Hanya selepas empat hari siasatan, polis bertindak mengesan kereta tersebut sebelum merampasnya untuk menghalang dari dibawa keluar negara sekali lagi.

Siasatan yang dijalankan mendapat kerjasama dari National Crime Agency selain bantuan dari Ferrari dan syarikat pengedar kereta antarabangsa. Kerjasama semua agensi dan syarikat membuahkan hasil dan berjaya menghalang kereta tersebut dari dibawa ke luar negara.

Ferrarri F512M itu dianggarkan bernilai USD444,300 mengikut nilai semasa. Namun walaupun siasatan masih berjaya masih belum ada tangkapan berjaya dibuat untuk kecurian yang sudah berusia 28 tahun itu. Hidup lagi ke si pencuri lahanat tu? Sedap-sedap je curi kereta orang dah hantar ke seberang laut.

Google ads
Back to top button