Artikel Pilihan

NISSAN GRAVITY SEAT, BUKAN SEKADAR NAMA REKAAN

Sebagai seorang pemandu yang selalu memandu dengan jarak jauh serta mengambil masa perjalana sekitar 3 jam, rekaan dan ergonomik kusyen sesebuah kereta sebenarnya amat mempengaruhi kecergasan pemanduan. Kalau kusyen yang dihasilkan tidak sedap, maka kita akan cepat penat dan mudah mengantuk untuk perjalanan jarak jauh.

Sebab itulah bila penulis memandu uji Nissan Almera milik rakan penulis selepas selesai menjalani proses penggambaran Honda Civic, maka perjalanan yang memakan masa selama 3 jam kadang kala akan menyebabkan penulis berhenti seketika untuk tidur.

Tapi bila memandu Nissan Almera VL iaitu varian terendah, ia memberikan pengalaman keselesaan yang baru pada penulis. Pertama penulis tidak sakit belakang di antara tulang belikat dan pinggang. Nombor 2, penulis tidak berasa penat dan boleh memandu terus selama 2 3 jam tanpa rehat.

Biasanya agak susah untuk sebuah kereta sedan segmen B menghasilkan satu rekaan kusyen yang selesa disebabkan kos yang mahal. Selepas beberapa hari barulah penulis semak dan kaji berkenaan rekaan kusyen yang dihasilkan oleh Nissan yang dinamakan sebagai Nissan Gravity Seat.

Biasanya tubuh manusia mengatasi masalah keletihan ini dengan keadah “slumping” iaitu melorotkan badan ke depan dan menjadikan kedudukan kita semakin tidak ergonomik. Keadaan ini juga menyebabkan tulang belakang semakin tertekan, memberi tekanan pada bahu dan juga pada tulang belakang

Bagi mengatasi masalah ini, Nissan menghasilkan satu rekaan baru kusyen yang diilham dan dibangunkan oleh NASA dinamakan sebagai Zero Gravity Seat dibangunkan di angkasa lepas untuk digunakan pada kenderaan penumpang biasa.

Secara asasnya Zero Gravity Seats nampak sama sahaja seperti kusyen kereta yang lain, namun ia berbeza dengan rekaan yang menkankan kedudukan tulang belakang pada kedudukan yang sangat neutral.

Kedudukan ini adalah sama seperti kedudukan manusia bila didedahkan pada keadaan tanpa berat dan tanpa graviti. Dalam keadaan natural dan relaks ini, tekanan yang dikenakan pada struktur tulang dan sendi adalah sangat minima ataupun hampir tiada langsung.

Nissan meniru semula postur kedudukan yang neutral dan kedudukan tulang belakang uni menerusi rekaan paten dan 14 poin tekanan menerusi bahagian penyandar belakang dan juga span kusyen. Keadaan ini menghasilkan tekanan berterusan daripada pinggul dan pinggang sehingga kepada dada dan juga bahu.

Apabila kusyen ini digunakan, kusyen ini akan menyokong bahagian badan pada semua titik tekanan yang penting. Rekaan sebegini akan memastikan aliran darah sentiasa berada dalam keadaan maksimum dan mengurangkan keletihan otot di bahagian kaki dan juga tulang belakang serta menghasilkan rasa yang lebih segar selepas perjalanan jarak jauh.

Rekaan kusyen ini juga dihasilkan dengan kerjasama Yamazaki Laboratory di Keio University, Tokyo. Nissan Zero Gravity seat juga dikaji dengan menggunakan simulator dan juga model musculoskeletal. Rekaan sebegini juga dianalisis secara biomekanikal dan diuji di dunia sebenar dengan menggunakan pemandu professional.

Malah matalamat rekaan kusyen ini juga adalah memastikan ia sangat efektif pada semua pengguna tanpa mengira saiz dan bentuk pemandu

Bukan setakat mengkaji biomekanik, juruteknik makmal turut mengambil ujian kecergasan kesihatan sebeum dan selepas memandu. Antara elemen yang dikaji termasuklah kandungan asid laktik yang bias terhasil akibat otot menjadi tertekan dan letih

Anda boleh menonton video pendek di bawah berkenaan kusyen Nissan Zero Gravity

Niss
Google ads
Back to top button