Buletin

JUAL NISSAN GTR35, HENDAK BIAYAI KERJA AMAL. 3 MINIT ORANG DAH BELI, RESPEK BRO NI!!!

Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Mungkin ramai pernah mendengar para penceramah mengutarakan ayat berkenaan agar sentiasa bersedekah atau berkongsi rezeki yang dimiliki dengan orang memerlukan.

Ini kerana apabila kita berkongsi rezeki dengan hati yang ikhlas, Allah SWT akan melipat gandakan lagi rezeki kita dalam keadaan sedar ataupun tidak.

Dalam keadaan banjir melanda negara malah berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sudah pasti ramai yang memerlukan bantuan.

Justeru, seorang lelaki yang dikenali sebagai Afiz Ayub tidak teragak-agak menjual jentera Nissan GTR miliknya untuk membiayai dana amal.

Dia yang telah menjalankan kerja-kerja amal selama lebih tujuh tahun bersama pasukan sukarelawan dipanggil sebagai Amal Valley Organization ataupun Amal Team akan menggunakan kesemua hasil jualan kenderaan terbabit untuk mangsa banjir dan PKP.

Melalui hantaran Facebooknya, dia memaklumkan GTR35 tahun 2011/17 berkenaan yang memiliki perbatuan sejauh 69,000km telah dijual dalam tempoh 3 minit sahaja selepas diiklankan di laman sosial tersebut.

“Rezeki Allah sangat luas dan kadang kala apa yang kita miliki adalah rezeki untuk di pakai di waktu darurat.

“Dengan rasminya kenderaan saya telah di beli oleh Hamba Allah yang sangat hebat dan hanya 3 minit sahaja dari post saya, beliau yang tidak mengenali saya tetapi hasil dari bantuan sahabat yang share, beliau hubungi dan membuat bayaran deposit.

“Alhamdulillah terima kasih semua yang prihatin. Dana pembelian ini akan saya habiskan untuk mangsa banjir dan persiapan PKP kelak. Amin doakan kami ya,” katanya.

Berkongsi lebih lanjut mengapa dia hendak menjual kenderaan tersebut dengan portal Vocket, Afiz Ayub memberitahu kerana Allah SWT.

“Saya mendapat ilham kerana selama ini duit yang digunakan hasil daripada simpanan sendiri.

Saya percaya pinjaman kenderaan ini adalah tabung saya. Income saya pun makin surut dan saya perlu cari dana untuk meneruskan perjuangan Amalteam.”ujarnya – FB Afiz Ayub/Vocket

Google ads
Back to top button