Buletin

VOLKSWAGEN HENTIKAN SEKETIKA PENGIKLANAN DI TWITTER, ELAK SETIAP SEN PERGI KE POKET ELON MUSK DAN TESLA

Volkswagen telah membuat keputusan untuk menghentikan seketika iklan berbayar untuk jenamanya setelah pemilik Tesla, Elon Musk mengambil alih Twitter baru-baru ini.

VW turut mengesyorkan hal tersebut kepada jenama dibawah seliaan mereka seperti Audi, Bentley, Cupra, Lamborghini, Porsche, Seat, Škoda, Scout yang baru dihidupkan semula dan sudah tentu, Volkswagen.

Awal minggu ini, General Motors turut mengumumkan ia akan menghentikan pengiklanan di laman media sosial itu. Keputusan tersebut dibuat adalah sebahagian daripada perancangan jangka masa panjang Volkswagen meskipun General Motors berkata mereka masih memberikan sokongan kepada pelanggan di platform tersebut.

Walau bagaimanapun, arahan yang dikeluarkan tidak begitu jelas dari mana arahan itu datang, atau sama ada keputusan sebulat suara di pihak kepimpinan VW atau daripada Ketua Pegawai Eksekutif baru dilantik, Oliver Blume.

Berbeza dengan bekas Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Herbert Diess yang menyokong Elon Musk membeli platform sosial media tersebut, Blume nampaknya berada di posisi sebaliknya dan enggan mengulas kontroversi pembelian Twitter oleh Elon Musk. Mungkin, Blume beranggapan setiap sen tujuan pengiklanan di Twitter akan membantu pesaingnya, Tesla.

Dalam pada masa yang sama, Elon Musk dan Twitter bakal menguatkuasakan dasar baharu iaitu mengenakan yuran langganan. Dasar baharu itu tidak disenangi oleh orang ramai kerana Elon Musk, sejak mengambil alih Twitter, telah membuang begitu ramai pekerja untuk mengurangkan kos overhead.

Namun, dengan yuran langganan bakal dikenakan kepada pengguna, pastinya pengguna platform media sosial tersebut akan berkurangan, sekaligus memberi impak kepada pengiklanan.

Google ads
Back to top button