
NISSAN GT-R 50 BY ITALDESIGN DITERBANGKAN KE JEPUN. TERHAD 50 UNIT, RM5 JUTA
Sejak model produksi pertama, Nissan GT-R 50 by Italdesign didedahkan pada Mei lalu, tidak banyak berita yang didengar berhubung jentera terbaharu itu.
Begitupun, ia bakal berubah apabila beberapa ciapan Twitter Nissan dan Italdesign memberi bayangan sesuatu sedang dalam pembikinan berhubung GT-R 50.
Ciapan berkenaan menyiarkan gambar jentera berwarna hitam serta putih dipadankan perkataan Test Car.

Italdesign berkata “Jentera ujian Nissan GT-R 50 by Italdesign sudah bersedia untuk diuji.
“Selepas, ujian terakhir ia akan dipindahkan ke lapangan terbang untuk penerbangan pertama antara benua ke Tokyo. Ingin mengetahui apa yang akan berlaku? Nantikannya”

Nissan pula mengeluarkan ciapan berbunyi “kapal telah berlepas dan kereta ujian bakal datang ke Jepun pada awal tahun ini”
Nissan GT-R50 merupakan model edisi terhad yang dibangunkan bagi menyambut ulang tahun yang ke-50 Italdesign pada tahun 2018 dan Nissan GT-R pada tahun 2019.

Produksi terhad kepada 50 unit sahaja, dan unit pertama akan mula dihantar menjelang awal tahun hadapan.
Nissan GT-R50 menampilkan rekaan luaran yang unik, ia mendapat khidmat enjin 3.8 liter V6 turbo berkembar yang mampu menjana kuasa 710 hp dan tork 780 Nm.
Jentera terbaharu itu lebih berkuasa berbanding Nissan GT-R Nismo yang memiliki kuasa 600 hp dan dijual pada harga bermula AS$1.2 juta (RM 4.86 juta). – carscoops
- BACA: REV ENJIN SAMPAI EKZOS BERAPI, NISSAN GT-R INI AKHIRNYA TERBAKAR. NASIB BAIK RAMAI TOLONG PADAMKAN API
- BACA: HONDA CIVIC EG TAPAU NISSAN GT-R DI LITAR DRAG. BETUL KE NI?
- BACA: NISSAN GT-R OFF-ROAD 600HP – BOLEH JOIN GENG 4X4 TAK NI?
- BACA: KEBAKARAN MISTERI MUSNAHKAN BENGKEL PENUH DENGAN NISSAN GT-R, MITSUBISHI EVO DI BELANDA