Artikel PilihanBuletin

NISSAN GT-R OFF-ROAD 600HP – BOLEH JOIN GENG 4X4 TAK NI?

Nissan bukan budak baharu dalam arena 4×4 kerana mereka turut mengeluarkan Nissan Patrol, Armada dan Navara. Bahkan banyak lagi model lain yang pernah mereka keluarkan tapi rupa-rupanya GT-R juga turut berpotensi untuk menjadi sebuah model off-road. Berani dengan tak berani je nak bikin.

GT-R istimewa ini merupakan hasil kreativiti Classic Youngtimers Concultancy yang sebelum ini pernah menghasilkan Lamborghini Gallardo offroad. Ia digelar ‘Godzilla 2.0’ dan dimodifikasi menyerupai sebuah model 4×4 sebenar.

Proses modifikasi bermula dengan meninggikan penampilan GT-R ini sebanyak 12cm dengan lift kit. Itu dah bersamaan dengan satu kaki. Mereka kemudiannya memadankan set pelindung fender berwarna gelap  sama seperti yang boleh didapati pada kebanyan SUV dan trak pikap utiliti.

Menariknya rim asal GT-R masih dikekalkan cuma tayar-tayarnya ditukar kepada jenis yang lebih sesuai untuk digunakan di laluan off-road dan bukannya tayar GT-R standard yang lebih sesuai untuk membelasah permukaan litar.

Bahagian kelihatan menonjol dengan sepasang spotlight LED untuk menerangi bahagian depan ala jentera rali. Satu set rak bumbung lengkap dengan LED memberikan tarikan tersendiri kepada GT-R versi off-road ini. Ia juga digunakan untuk memuatkan tayar gentian seolah-olah jentera yang menyertai Rali Dakar. Bodywrap camo dipilih sebagai kemasan akhir untuk Godzilla 2.0 ini.

Enjin asal 3.8L turbo berkembar V6 asal GT-R dikekalkan tetapi kuasanya dilaras sehingga mencecah 600 bhp. Kalau ada yang berminat dengan GT-R unik ini ianya sedia untuk dijual dengan harga €95,000 bersamaan dengan RM458,000 lebih kurang. Gila ah, beli GT-R second kat sini pun tak sampai RM300K boleh dapat. Silap-silap siap dengan jajan sekali.

Google ads
Back to top button