Buletin

NISSAN HENTI BANGUNKAN ENJIN PEMBAKARAN DALAMAN – LAPORAN

Nissan dilaporkan menjadi pengeluar automotif Jepun yang pertama untuk mengabaikan pembangunan enjin pembakaran dalaman di peringkat global.

Menurut laporan terbaharu daripada portal Nikkei, langkah tersebut diambil demi menumpukan sepenuh perhatian kepada strategi kenderaan elektrik, kecuali pasaran Amerika Syarikat di mana Nissan masih lagi meneruskan pembangunan enjin petrol di sana.

Ini kerana Nissan masih melihat terdapat keperluan untuk membangunkan enjin generasi baharu di pasaran yang tepu dengan kehadiran trak dan SUV itu.

Tambah laporan itu lagi, untuk membangunkan enjin baharu yang mampu memenuhi piawaian emisi Euro 7 yang semakin ketat adalah tidak munasabah serta satu cabaran kewangan yang cukup besar.

Untuk pasaran lain seperti China dan Jepun, Nissan akan menghentikan penawaran kenderaan konvensional secara berperingkat, serta mengemaskini penawaran enjin semasa terutama kenderaan-kenderaan hibrid.

Sumber: Nikkei

Google ads
Back to top button