Artikel Pilihan

NISSAN SMELLMASTER, JURUTERA YANG MENETAPKAN BAU STANDARD UNTUK KERETA BARU NISSAN

Dalam industri automotif, terdapat banyak pekerjaan yang ditawarkan bermula daripada juruteknik, jurutera rekaan, jurujual dan juga pegawai pemasaran bagi syrikat automotif. Tapi ada juga sesetengah profession yang kita tak sedar bahawa jawatan tersebut wujud dan penting kepada syarikat.

Contohnya profession Smellmaster bagi syarikat Nissan yang bertindak menetapkan satu bau yang khusus bagaimana sebuah kereta Nissan yang baru dibeli boleh menghasilkan bau yang unik dan menarik. Ryusuke Ino yang juga dikenali dengan jolokan nama The Nose of Nissan bekerja di Nissan Technical Center Atsugi bekerja bersama-sama dengan pakar bauan yang lain.

Nissan juga turut memiliki pakar lain seperti Peter Carl Eastland (Ketua Jurutera Penilaian Bau -Eropah), Tori Karl (Jurutera Bahan -Amerika) kerana setiap pasaran demografik memerlukan bauan yang khusus untuk negara mereka. Jadi Ino, Karl dan Tori akan bekerja bersama-sama agar bau kereta baru yang dikeluarkan oleh Nissan disukai oleh pembeli

Menurut Nissan, manusia berupaya menilai beratus-ratus bauan yang menarik. Sensasi bauan ini akan sampai kepada otak manusia yang mengawal ingatan dan emosi, menyebabkan bau kereta baru memberikan hubungan emosi yang menarik antara kereta baru dan manusia

Menjadi Smellmaster seperti Ryusuke Ino memerlukan mereka memeriksa semua bau komponen di dalam kabin kerana bau merupakan faktor yang sangat penting dan pembeli menghabiskan masa berjam-jam dengan selesa apabila memandu. Kebiasaannya pemandu menghidu bau yang dekat dengan tempat duduk mereka termasuklah bau stering, pelindung cahaya matahari, glove box, papan pemuka, kusyen, perehat kepala, tempat meletak cawan dan juga karpet pelapik kaki

Proses penilaian bau ini dilakukan dalam makmal tertutup dengan peralatan pencahayaan terkawal bagi mengawal suhu dan juga kelembapan udara. Ini kerana bau dalam kereta boleh dipengaruhi oleh 2 faktor utama ini iaitu cahaya matahari dan juga cuaca. Semua bahan, gam dan cat mestilah mematuhi standard yang telah ditetapkan oleh Nissan.

Sekiranya bau ini gagal mencapai kehendak mereka, pasukan Ryosuke akan berhubung dengan pembekal komponen untuk analisis selanjutnya. Smellmaster juga perlu bertindak cepat dalam membuat penilaian kerana manusia akan terbiasa dengan bauan dalam masa beberapa minit sahaja. Bagi menilai semula bau kenderaan, Smellmaster akan menghidu kawasan pelipat siku untuk “reset” semua deria bau mereka. Smellmaster juga tidak boleh membasuh baju mereka dengan sabun, tidak merokok dan tidak memakan makanan yang mengandungi bawang putih

Untuk menjadi Smellmaster di Nissan, pemohon perlulah menjalani ujian asas dimana mereka perlu membezakan bauan daripada makanan, pokok dan juga bahan kimia. Sekiranya lulus, pemohon akan dilatih bersama-sama staf teknikal bagi membantu mereka meningkatkan keupayaan menghidup sesuatu komponen

Google ads
Back to top button