Buletin

NISSAN LANCAR BILIK PAMERAN DALAM TALIAN

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) baru-baru ini melancaran bilik pameran dalam talian (Nissan Online Showroom). Ia dilihat sebagai satu penyelesaian untuk pelanggan yang ingin membeli kenderaan Nissan dari rumah. 

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 28 April 2020, ETCM akan terus menutup semua bilik pamerannya di seluruh negara demi menjaga keselamatan dan kesihatan kakitangannya. 

Jadi, pelanggan yang tidak boleh pergi ke bilik pameran kini boleh melihat semua model Nissan dan promosi yang sedang dijalankan di laman web: www.nissan.com.my Ia telah dipertingkatkan dengan pengenalan ciri Nissan Online Showroom.

Ciri itu membolehkan pelanggan menghantar borang dan membuat tempahan hanya dengan beberapa klik sahaja. Dalam tempoh 24 jam, wakil jualan Nissan akan menghubungi anda. 

ukan itu sahaja, temu janji panddu uji di depan pintu akan dibuat selepas PKP ditamatkan. Semua urusan pendaftaran dan penyerahan juga akan dilakukan selepas bilik pameran boleh beroperasi seperti biasa. 

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.nissan.com.my atau hubungi talian Pusat Perhubungan Pelanggan Nissan 1800-88-3838.

Google ads
Back to top button