NISSAN LEAF AUTECH 2020, SEGAK JUGA KAN?
Nissan LEAF generasi kedua sudah pun berada di pasaran tempatan sejak Julai 2019 pada harga permulaan RM188,000. Tidak dinafikan kereta elektrik ini sukar untuk menembusi pasaran umum kerana harganya yang tinggi.
LEAF sebenarnya lebih popular di Eropah dan Jepun. Di negara asalnya, LEAF sudah pun terjual lebih daripada 132,000 unit sejak pertama kali diperkenalkan pada tahun 2010.
LEAF pasaran Jepun juga kelihatan menarik dengan Nissan menawarkan versi sporti LEAF Autech.
Model ini bakal diperkenalkan di pengedar Nissan di serata Jepun bermula Februari 2020. LEAF Autech terbaru ini mempunyai beberapa ciri eksklusif seperti warna Aurora Flare Blue Pearl dengan bumbung berwarna Super Black.
Turut berbeza ialah bampar, rim aloi dan kemasan dalaman khas yang tampil lebih sporti.
Selain itu, LEAF Autech mempunyai kemaskini sama seperti LEAF 2020. Perubahan yang dibuat pada LEAF 2020 ialah teknologi bantuan pemandu ProPILOT, fungsi parkir ProPILOT Park dan sistem NissanConnect.
Teknologi ProPILOT pada LEAF 2020 mempunyai fungsi pengekalan kelajuan yang ditetapkan oleh pemandu pada jalan yang condong ke bawah dan kemudian seimbangkan kuasa apabila kembali ke jalan rata.
Teknologi ProPILOT Park dikemaskan dengan mengurangkan 20 peratus masa untuk meletak kereta di dalam garaj atau ke dalam petak parkir.
Teknologi ini turut membantu dalam proses parkir seperti kelajuan, brek, stereng, tukaran gear dan brek parkir.
Buat kali pertama untuk EV Nissan, LEAF dilengkapi dengan Intelligent Blind Spot Intervention yang direka bagi mengelak pelanggaran apabila menukar laluan.
LEAF 2020 juga dipasangkan dengan Canto iaitu bantuan suara untuk memberi peringatan kepada pejalan kaki dan pengguna lain apabila LEAF dipandu pada kelajuan bandar dan semasa mengundur.
Turut dilengkapi pada LEAF 2020 ialah skrin navigasi sembilan inci, Nissan Door to Door Navigation, Docomo in Car Connect® dan aplikasi Remote My Car Check/Remote Door Lock.
Harga Nissan LEAF yang disyorkan ialah dari JPY3,326,400 (RM125,806) dan JPY4,094,200 (RM154,844) untuk Nissan LEAF Autech.
- BACA: NISSAN GT-R 50TH ANNIV EDITION ADA DI THAI, RM1.5 JUTA SAHAJA!
- BACA: PADA 2010 NISSAN ELGRAND E52 DIPERKENAL DI JEPUN – MPV PILIHAN UNTUK KELUARGA
- BACA: NISSAN FRONTIER DESERT RUNNER, ENJIN 5.6L V8 TURBO!
Kredit foto: Nissan