
NISSAN MAXIMA 2016
Nissan baru-baru ini memperkenalkan Nissan Maxima serba baharu pada acara New York International Auto Show 2015.
Maxima tahun 2016 mempunyai gayaan yang dramatik menerusi bahasa reka bentuk V-Motion, lampu berbentung boomerang dan rekaan bumbung yang seakan-akan terapung.
Memposisikan dirinya sebagai sebuah kereta sports empat pintu, Maxima menggunakan khidmat enjin 3.5 liter VQ-series V6. Enjin itu mempunyai lebih 60 peratus komponen baharu berbanding enjin sebelumnya.
Mampu menjana sehingga 300hp, ia dipadankan bersama kotak gear Xtronic yang menawarkan penukaran gear lebih pantas.
Maxima juga sarat dengan pelbagai teknologi terkini. Antaranya ialah sistem NissanConnectSM dengan navgasi, paparan sentuh bersaiz 8.0 inci, radio satelit SiriusXM®, SiriusXM Travel Link™, Online Search with Google® dan banyak lagi.
Tidak berkompromi dengan aspek keselamatan, Maxima dilengkapi Predictive Forward Collision Warning (PFCW), Intelligent Cruise Control (ICC), Forward Emergency Braking (FEB), Rear Cross Traffic Alert (CTA) dan Blind Spot Warning (BSW).
Untuk pasaran Amerika Syarikat, Maxima dijangka mula dijual pada pertengahan tahun ini.