
TEMPAHAN MITSUBISHI TRITON KINI DIBUKA
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) baru-baru ini mengumumkan bahawa trak pikap serba baharunya, Mitsubishi Triton akan dilancarkan pada Mei depan.
Justeru, pengedar sah MMM di seluruh negara kini sudah boleh menerima tempahan daripada mereka yang ingin menjadi antara pemilik terawal trak pikap tersebut.
“Mitsubishi Motors Corporation (MMC telah menghasilkan trak pikap sejak 36 tahun lalu. Di Malaysia, Triton dilancarkan pada tahun 2006. Sehingga kini, lebih 55,000 unit Triton telah dijual,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Won-Chul Yang.
Triton generasi kelima ini dibangun berasaskan kepada konsep “Trak Utiliti Pintar”. Ia tampil dengan rekaan baharu dan ciri-ciri yang telah ditambah baik. Harga pengenalannya dijangka di antara RM71,000 hingga RM114,000 seunit.
Trak pikap ini diimport sepenuhnya dari hub produksi MMC di Thailand. Sama seperti sebelum ini, para pelanggan boleh memilih daripada lima varian yang ditawarkan.
No | Varian | Harga anggaran | Warna |
1 | Triton VGT Adventure | RM114,000 | Earth Green, Pearl White, Shadow Black, Red Solid |
2 | Triton VGT Automatik | RM103,000 | Sterling Silver, Pearl White, Shadow Black |
3 | Triton VGT Manual | RM97,000 | |
4 | Triton Manual | RM87,000 | Sterling Silver,
White Solid |
5 | Triton Quest | RM71,000 |
Jentera ini dikuasakan oleh beberapa pilihan enjin. Antaranya ialah enjin empat silinder turbodiesel 2.5-litre VGT yang mampu menghasilkan kuasa mencecah 178PS @ 4,000rpm dan tork maksimum 350Nm @ 2,000rpm.
Sama seperti model terdahulu, Triton serba baharu ini menetapkan beberapa standard baru dalam segmen trak pikap. Antaranya butang penghidup enjin, sistem kemasukan pintar, lampu utama jenis Xenon HID dengan lampu DRL, stereng teleskopik, paddle shifter dan banyak lagi.
Untuk melihat Triton dengan lebih dekat, sila kunjungi siri jelajah seperti jadual di bawah:
No | Lokasi | Negeri | Tempat | Dari | Hingga |
1 | Mid Valley Megamall | Klang Valley | West Lobby | 01-Apr | 05-Apr |
2 | Tesco Mergong | Alor Setar | Main Concourse | 06-Apr | 12-Apr |
3 | Sutera Mall | Johor Bahru | Sub Court | 09-Apr | 12-Apr |
4 | Queensbay Mall | Penang | North Court | 15-Apr | 19-Apr |
5 | Aeon Kinta City | Ipoh | Sub Court | 20-Apr | 26-Apr |
6 | Suria Sabah | Kota Kinabalu | Court G4 (A) | 20-Apr | 3-Mei |
7 | tHe Spring | Kuching | Centre Court C | 20-Apr | 10-Mei |
8 | East Coast Mall | Kuantan | Main Entrance | 23-Apr | 26-Apr |