Motosikal

BMW CONCEPT ROADSTER

BMW Group Malaysia baru-baru ini mengumumkan bahawa motosikal BMW Concept Roadster bakal dipertontonkan buat pertama kalinya di Malaysia pada acara BMW World Malaysia 2015 tidak lama lagi.  

BMW-Concept-Roadster-mekanika (4)

BMW Concept Roadster merupakan sebuah motosikal konsep yang dibangunkan oleh BMW. Ia menunjukkan bahawa seni dan sains motosikal bukan sekadar mampu memberi fungsi yang sempurna, malah dinamik yang terbaik.

BMW53356 WorldEvent15 Billboard 40x60 V2

Terbuka kepada orang ramai mulai 17 April hingga 19 April 2015 (Jumaat – Ahad), BMW World Malaysia akan mempamerkan gabungan kenderaan premium BMW Group yang paling banyak di Malaysia.

BMW-Concept-Roadster-mekanika (1)

Boleh dibeli di laman web www.bmwworld.com.my tiket-tiket ditawarkan pada harga RM18 sekeping. Kutipan tiket BMW World 2015 kemudian akan disalurkan kepada pihak Agathians Shelter.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button