Artikel Pilihan

NISSAN NV300 COMBI. LUAS, BERGAYA DAN LEBIH BERKUASA. BUAT CAMPERVAN PUN LAWA

Pada 10 Februari lepas, Nissan UK telah mendedahkan beberapa foto dan maklumat teknikal berkenaan van komersial terbaru mereka iaitu Nissan NV300 Combi yang telah dinaiktaraf. Enjin diesel yang lebih berkuasa dengan pelepasan asap Euro 6D, rekaan lebih bergaya dan beberapa teknologi baru telah diperkenalkan

Rekaan dalam lebih selesa dan rekaan luar lebih gagah

Bagi mempertingkatkan kualiti keselesaan pemeanduan, cabin NV300 telah diberi rekaan baru sepenuhnya. Ia mampu memuatkan 9 penumpang dewasa dengan rekaan kusyen yang baru dengan keupayaan memuatkan barangan di bawah tempat duduk sebesar 54 liter. Papan pemuka pula menampilkan butang kemasan krom dan juga skim warna hitam karbon bagi memberikan imej yang lebih premium

Rekaan luar pula menampil siri V Motion namun datang dengan versi yang lebih garang dan dan dinamik. Jeriji depan dengan krom digunakan sebagai motif utama serta diapit dengan lampu hadapan dengan teknologi LED serta lampu Day Time Running Light terbina dalam. Bergantung pada varian, rim bersaiz 17 inci dengan rekaan 5 bilah akan diberikan bagi memberikan imej yang lebih menarik

Turut dipasang sebagai peralatan standard ialah lampu kabus dengan teknologi LED, 2 pintu gelungsur di bahagian sisi, ruang kargo dengan 2 lapisan, sistem infohibur dengan skrin sesentuh 8 inci, sambungan Apple Car Play & Android Autoserta ciri simpanan barang di papan pemuka dan juga ruang pintu.

Aspek Keselamatan Dipertingkat

Selain dari rekaan yang lebih bergaya, NV300 juga telah dinaiktaraf dengan sistem Advancaed Driving Assistance System yang lebih canggih bagi pemanduan yang lebih selamat dan juga selesa. Sistem ini merangkumi Sistem Amaran Titik Buta, Lane Departure Warning, dan Sistem Pengecaman Papan Tanda

Trenkuasa melepasi Euro 6D

Nissan NV300 dikuasakan dengan enjin 2000cc yang menghasilkan 110 kuasa kuda serta dipadankan dengan transmisi 5 kelajuan manual. Versi yang lebih berkuasa menghasilkan 150 kuasa kuda dengan pilihan transmisi manual dan sistem automatik klac berkembar. Model paling berkuasa menghasilkan 170 kuasa kuda dan 380Nm tork dengan pilihan transmisi klac berkembar. Semua enjin melepasi ujian asap Euro 6D

Google ads
Back to top button