
NISSAN NV350 URVAN (HIGH ROOF) FACELIFT – RM125K SEUNIT
Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) hari ini memperkenalkan NISSAN NV350 Urvan (High Roof) facelift.
Jentera itu kini dengan gril hadapan signature V-motion NISSAN dan bampar hadapan baharu. Selain lampu utama halogen yang telah direka semula dengan pelaras manual, stereng baharu dan ruang kabin yang lebih moden.
“NISSAN NV350 Urvan merupakan salah satu kenderaan komersial paling laris di Malaysia kerana keupayaannya membawa 14 orang penumpang, kualiti pemanduan dan prestasi penjimatan bahan api luar biasa.
“Kami percaya kenderaan ini dapat menyokong dan mengembangkan perniagaan para pelanggan ke tahap yang lebih baik.” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan.
Ia menggunakan enjin diesel pengecas turbo 2.5L YD25DDTi yang dipadankan transmisi manual lima kelajuan.
Gabungan itu menawarkan penjimatan bahan api sekitar 8.7L/100km berdasarkan kepada kitaran ujian NEDC (New European Driving Cycle). NV350 Urvan facelift ini juga diiktiraf sebagai EEV (Energy Efficient Vehicle).
Ciri-ciri lain termasuklah pengehad kelajuan (ECE R89: Peranti Pengehad Kelajuan) dipasang untuk memastikan had kelajuan 100km/j untuk kenderaan penumpang >12 tempat duduk di Malaysia dipatuhi, serta Penutup Bahan Api dengan Kunci (ECE R34: Menghalang Risiko Kebakaran) turut dipasang.
Sistem Bantuan Brek (BA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Lampu Berhenti pada kedudukan tinggi dan Kunci Keselamatan Kanak-kanak menjadi ciri keselamatan standard. Manakala Zone Body Construction NISSAN memaksimumkan perlindungan para penumpang jika berlaku kemalangan.
Harga di atas jalan (termasuk GST (kecuali Langkawi dan Labuan), tanpa insurans) dan tempoh jaminan NISSAN NV350 Urvan adalah seperti berikut:
JENIS PENDAFTARAN |
NISSAN NV350 URVAN (HIGHROOF) CBU |
TEMPOH JAMINAN (mana-mana tiba dahulu) |
||||
Semenanjung Malaysia (RM) |
Sabah (RM) |
Sarawak (RM) |
Labuan (RM) |
Langkawi (RM) |
||
Individu Peribadi |
125,000 |
126,900 |
126,900 |
115,850 |
115,050 |
5 tahun atau perbatuan sejauh 150,000km |
Syarikat Peribadi |
125,200 |
126,900 |
126,900 |
115,850 |
115,250 |
|
Syarikat Komersial |
125,550 |
127,900 |
127,900 |
116,850 |
115,700 |
3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km |
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan NISSAN ETCM di talian 1800-88-3838.