BuletinMotosikal

TEASER #1 MODENAS BAKAL LANCAR TIGA MODEL BAHARU PADA 19 MEI INI

Seperti yang disiarkan beberapa hari lepas, maklumat dari sumber kami nampaknya tepat 100 peratus. Modenas akan melancarkan tiga model baru pada 19 Mei ini. Dari sumber kami, ia adalah model sportbike, street bike dan sebuah motor konsep klasik yang mana kami rujuk sebagai cafe racer.

BACA: MODENAS BAKAL LANCAR 3 MODEL MEI INI

BACA: TUNGGANG UJI MODENAS MR2

Hari ini, laman facebook rasmi Modenas telah mengeluarkan teaser pertama #1 yang memperlihatkan bahagian bawah jentera yang akan dilancarkan kelak. Apa yang pernah kami spekulasi sebelum ini, ia wajah hampir jelas Bajaj NS200, model street bike yang akan menjadi titik permulaan kerjasama Modenas dengan gergasi dua roda dari India, Bajaj Auto.

Ini adalah model yang akan berada dalam segmen agak terbuka bagi persaingan jenama mainstream. Dalam pasaran ini terdapat beberapa model saingan yang hampir seperti Yamaha FZ150i, Demak Skyline 200, Sym T2 250i, KTNS Z ONE S200 dan CMC SK200.Seperti yang kita perhatikan, hanya Yamaha FZ150i lebih dominan berbanding jenama lain.

 

Google ads
Back to top button