
NITEFOX BY PUMA. INSPIRASI FERRARI TESTAROSSA, RM2,350 SEPASANG
Ferrari dan Puma baru-baru ini memperkenalkan sepasang kasut yang diinspirasikan daripada model lagenda Ferrari Testarossa.
Kasut unisex itu menambah koleksi produk gaya hidup berjenama Ferrari yang terdiri daripada pakaian, aksesori, jam tangan, cermin mata dan sebagainya.
Dikenali sebagai Nitefox, kasut tersebut tampil dengan warna klasik iaitu hitam, kuning dan merah. Dengan reka bentuk ultra moden, ia menawarkan fungsi dan gaya terbaik hasil kepakaran Puma menghasilkan kasut. Anatomi jentera Testarossa diserlahkan menerusi garis siluet yang atletik, aerodinamik dan tapak kasut yang lebar.

Diperbuat daripada 81 peratus kulit lembut, Nitefox dipasang dengan logo kuda dan perkataan Ferrari pada bahagian belakang kaki. Logo Puma pulak diletakkan pada bahagian sisi dan tapak kasut. Selain hitam, ia juga didatangkan dalam warna putih.
Pelanggan sudah boleh membeli Nitefox by Puma pada harga AS$650 (RM2,350) sepasang dengan saiz 5 hingga 13 UK. Ia akan dihantar kepada pelanggan dalam beg Ferrari Store berwarna merah.
Nitefox bukanlah satu-satunya kasut hasil kolaborasi Ferrari dan Puma. Bulan lalu, kedua-dua syarikat itu melancarkan kasut ION F sebagai tribute kepada satu lagi kereta sport popular, SF90 Stradale.
- BACA: PENJENAYAH SAMAN POLIS KERANA LUPUSKAN FERRARI 458 SPIDER MILIKNYA
- BACA: PONTENG LATIHAN, RONALDO PERGI KILANG FERRARI. BELI MONZA SP1 BERHARGA RM8.16 JUTA
- BACA: GADUH DENGAN SUAMI, WANITA LANGGAR FERRARI GTC4LUSSO DAN PORSCHE 918 SPYDER
- BACA: FORD PUMA ST – 1.5L TURBO 3 SILINDER 200PS, 320 NM!
GALERI