
YAMAHA BUAT STERENG BERKUASA (EPS) UNTUK MOTOSIKAL!
Kemampuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Yamaha sememangnya seronok untuk diikuti. Bukan sahaja motosikal, Yamaha juga mampu membangunkan teknologi dan komponen untuk kereta.
Terbaru Yamaha mengumumkan prototaip yang baharu dibangunkan iaitu Stereng Berkuasa Elektrik (EPS) untuk motosikal!
Teknologi itu dibuat sebagai bantuan penunggang bagi mempertingkatkan kestabilan dan kelincahan motosikal.
Apa yang menarik ialah sistem itu akan dipasang pada motosikal lumba Kejuaraan Motocross Jepun bagi mempercepatkan proses R&D!
Pembangunan teknologi ini bukan sahaja untuk mentransformasi mobiliti supaya lebih seronok, selamat dan selesa tetapi juga satu cara menyelesaikan isu masyarakat dengan cara Yamaha yang tersendiri.
Sistem sokongan stereng EPS ini menggunakan teknologi sensor yang berbeza daripada sistem stereng berkuasa pada kenderaan beroda empat.
Ianya menggunakan sensor jenis magnetostrictive torque untuk berfungsi sebagai peredam stereng (steering damper) dan membekalkan bantuan stereng.
Sistem itu menyumbang kepada kestabilan motosikal, mempertingkatkan kelincahan, mengurangkan keletihan penunggang dan pelbagai lagi.
Berikut lagi ciri-ciri EPS yang dibangunkan Yamaha:
Magnetostrictive torque sensor
- Keupayaan sensor jenis ini sudah terbukti seperti yang digunakan pada basikal bantuan kuasa elektrik (basikal kuasa elektrik) bagi mengesan daya kilas.
- EPS berfungsi sebagai peredam stereng dan memberi bantuan stereng (steering assist) kepada penunggang.
- Pada kelajuan tinggi, peredam stereng (steering damper) bertindak balas terhadap daya luaran yang dihantar kepada hendal akibat dari perubahan permukaan jalan dan seumpamanya.
- Bantuan stereng juga berfungsi sebagai pelengkap kepada input dari hendal berdasarkan tindakan atau input penunggang. Tugas ini berfungsi secara utama pada kelajuan rendah.
- Dua ciri itu berfungsi sebagai bantuan intervensi namun masih rasa natural (asli) untuk penunggang.
Penggerak (actuator) ringan dan kompak:
- Berfungsi dengan menukar isyarat elektrik kepada pergerakan fizikal.
Yamaha mensasarkan untuk melengkapi EPS pada pelbagai jenis motosikal supaya keseronokan, keselamatan dan keselesaan menunggang dapat dinikmati ramai.
Untuk proses R&D, dua buah model YZ450FM dan YZ250F dari Yamaha Factory Racing Team akan dilengkapi EPS.
Data yang diperolehi akan digunakan bagi mempercepatkan pembangunan dan penyempurnaan sistem tersebut dan mungkin bakal dinikmati pengguna jalanan? Menarik!
BACA: YAMAHA 135LC Fi 2022 RASMI DILANCARKAN. 12.5HP/12.2NM, 4-SPEED, BERMULA RM7,798
BACA: TOYOTA MINTA YAMAHA BANGUNKAN ENJIN HIDROGEN V8 NA. KUASA CECAH 444HP, 540NM
BACA: YAMAHA LANCAR SKUTER COMEL VINO 2022 DI JEPUN. 2 TONA, ENJIN 50CC, RM7,400 SAHAJA