Advertorial

ONE NATION TRIPLE JOY HONDA –TAWAR DISKAUN UNTUK CITY SEHINGGA RM 7,000*

Sejarah Honda City sebenarnya sudah lama, bermula pada tahun 1996 apabila Honda melancarkan sebuah model sedan bagi segmen B.

Honda City pada ketika itu boleh dikatakan sebagai sebuah model permulaan bagi pengguna yang ingin merasai pengalaman memandu sebuah kenderaan dari jenama Honda dengan nilai pembelian yang menarik.

Honda City generasi terkini merupakan model yang telah dinaik taraf pada tahun 2023. Ia menampilkan rekaan luaran yang lebih “sporty” kemasan dalaman moden luas dan lengkap dengan semua ciri keselamatan termaju.

Elemen “sporty’ itu diterjemahkan melalui penggunaan jeriji depan berbentuk sarang lebah dengan kemasan hitam berkilat dan disemat dengan logo RS bagi varian RS. Manakala rekaan bampar bawah pula membuatkan ianya nampak agresif dan tajam terutama bagi perumah lampu kabus depan.

Rekaan garang itu diteruskan lagi dengan penggunaan bampar belakang bersama kemasan diffuser, cermin sisi berwarna hitam berkilat dan rim aloi dua tona bersaiz 16 inci.

Honda City sebenarnya menawarkan ruang kabin yang lapang dan luas. Ini hasil daripada kejuruteraan susun atur bijak dan sukar ditandingi oleh pesaingnya yang lain.

Sedan itu turut menawarkan ruang kargo sebesar 519 liter untuk varian petrol. Lebih daripada cukup untuk memuatkan semua keperluan jika hendak pulang ke kampung atau pergi bercuti.

Bagi varian petrol, City dikuasakan oleh enjin 1,498cc empat silinder DOHC i-VTEC yang menjana 121ps dan tork 145Nm. Ia berupaya memecut dari 0-100km/j dalam masa 10.2 saat dengan halaju tertinggi 195km/j.

Varian hibrid pula boleh memecut pantas dari 0-100km/j dalam masa 9.9 saat dengan bantuan tork maksimum 253Nm. Manakala halaju tertinggi dihadkan pada 177km/j. Malah ia merupakan satu-satunya sedan segmen B dengan trenkuasa hibrid di pasaran Malaysia.

Lebih menarik lagi, City menawarkan penggunaan bahan api yang cukup efisyen sehingga 5.6 liter bagi setiap 100 kilometer untuk varian petrol atau 3.6 liter bagi setiap 100 kilometer untuk varian hibrid.

Dari segi keselamatan, semua lima varian Honda City dilengkapi sistem keselamatan Honda SENSING. Sistem itu dipakejkan dengan ciri-ciri seperti Forward Collision Warning, Collision Mitigation Braking System, Lane Keep Assist System, Road Departure Mitigation, Adaptive Cruise Control, Auto High Beam, Lane Departure Warning dan Lead Car Departure Notification.

Bagi varian 1.5 e:HEV, ia turut disertakan dengan ciri Low Speed Follow yang memudahkan pemandu melalui kesesakan jalan raya. Malah kesemua varian datang dengan perlindungan sehingga 6 beg keselamatan udara.

Bersempena kempen “One Nation Triple Joy”, Honda menawarkan diskaun istimewa sehingga RM 7,000 untuk model Honda City terpilih. Ini menjadikannya sebuah model sedan yang sangat menarik untuk dimiliki.

Tawaran hebat ini bagaimanapun boleh anda perolehi dalam tempoh terhad.

Jadi, jika anda teruja dengan peluang keemasan ini, kunjungi pusat jualan Honda berdekatan untuk maklumat lanjut, pandu uji serta menempah Honda City dengan segera! (*Tertakluk pada terma & syarat)

Google ads
Back to top button