OPPO PULA NAK MASUK DUNIA AUTOMOTIF
Satu lagi syarikat pengeluar peranti, Oppo ingin mengikut jejak langkah Xiaomi dan Huawei menceburi bidang automotif.
Menurut beberapa laporan di China, Tony Chen yang merupakan pengasas bersama merangkap Ketua Eksekutif Oppo didakwa menjadi individu bertanggungjawab dalam memulakan projek automotif syarikat itu.
Beliau dikatakan telah melantik beberapa orang penting daripada rantaian bekalan automotif.
“Walaupun di dalam industri pembuatan kenderaan, kami akan memberi tumpuan di dalam bidang yang dapat dilakukan oleh OPPO dengan baik,” katanya dalam laporan Car News China.
Terdahulu, Tony Chen dilaporkan telah mengadakan perbincangan bersama pengeluar bateri CATL.
Bahkan, sebuah pasukan pakar pemanduan autonomi ditubuhkan dan disertai Eric Guo yang pernah berkhidmat dengan syarikat pemula EV China Xpeng.
Syarikat terbabit juga mempunyai beberapa paten berkaitan dengan pemanduan autonomi seperti kamera dan peranti pengukuran jarak.
Menurut Car News China lagi, Oppo akan menjalankan kajian berkaitan dengan bidang automotif di pusat penyelidikan Chengdu, China.-carscoops
- BACA: CROSSOVER EV PERTAMA HUAWEI DIKENALI SEBAGAI SF5.HARGA BERMULA RM137,376
- BACA: XIAOMI PERKENAL SKUTER PRO 2 EDISI MERCEDES AMG PETRONAS F1. HARGA RM3,915
- BACA: OPPO, VIVO & XIOMI DAKWA APPS HONGMENG 60% LEBIH PANTAS
- BACA: BO YUE PRO KINI DILENGKAPI GKUI19 – BOLEH KAWAL PERANTI PINTAR DI RUMAH DARI DALAM KERETA