Buletin

GERAK MALAYSIA: PDRM TERIMA 300,000 PERMOHONAN DALAM TEMPOH 12 JAM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima 300,000 permohonan menerusi aplikasi Gerak Malaysia dalam tempoh 12 jam dilancarkan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, daripada jumlah berkenaan 100,000 pemohon adalah untuk mendapatkan permit perjalanan rentas negeri.

“Mereka terdiri daripada yang terkandas di kampung halaman dan tidak sempat pulang ke rumah masing-masing berikutan pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).”PDRM menjangkakan jumlah permohonan meningkat berkali ganda menjelang 1 Mei 2020,” katanya.

Polis akan memastikan setiap permohonan diterima adalah untuk tujuan yang dibenarkan sahaja.

Dalam tempoh ini, PDRM akan memantau dan menilai trend permohonan diterima melalui aplikasi Gerak Malaysia.

Hasilnya akan dimaklumkan kepada kerajaan supaya tarikh pergerakan yang diumumkan semalam dapat dikaji semula dan diselaraskan mengikut jumlah permohonan.

Menurut Huzir, orang ramai diminta memberikan kerjasama dengan hanya memohon permit pergerakan rentas negeri atas sebab sahih seperti ditetapkan.

“Kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan sistem aplikasi atas talian Gerak Malaysia dapat dimanfaatkan oleh mereka yang benar-benar perlu.

“Perkembangan lanjut mengenai jadual pergerakan antara negeri akan diumumkan kelak,” katanya lagi. – Harian Metro

Tags
Google ads
Back to top button