Buletin

TOYOTA AMERIKA UTARA MAHU NAIKKAN SEMULA JUMLAH PELANGGAN PAJAKAN. RANCANG LANJUTKAN TEMPOH LEBIH 36 BULAN

Toyota Amerika Utara mahu menambah jumlah pelanggan yang memilih untuk memajak kenderaan berbanding membeli.

Dari segi sejarah, perniagaan pajakan Toyota menyumbang kira-kira 30 peratus daripada jumlah jualan di Amerika Utara. Pajakan ini biasanya berjalan selama tiga tahun, selepas itu pelanggan biasanya kembali ke Toyota untuk kenderaan baharu.

Walau bagaimanapun, kini pajakan kenderaan menurun kepada 14 peratus berbanding jumlah jualan Toyota Amerika Utara.

Oleh itu, bos Toyota Amerika Utara, David Christ ditugaskan untuk meyakinkan lebih ramai pembeli untuk memilih pajakan.

“Peratusan pajakan Toyota sekarang ialah kira-kira 14 peratus daripada jumlah jualan, biasanya ia hampir 30 peratus. Itu membimbangkan, kerana pelanggan dalam kitaran pajakan biasanya kembali dalam tiga tahun.”

Kadar pajakan di seluruh industri jatuh sejak 18 bulan lalu ketika pengeluar sedang mengalami isu inventori yang rendah serta kekurangan alat ganti.

Christ mahu memikat pelanggan kembali melakukan pajakan selain perlu mempertimbangkan tempoh pajakan dilanjutkan melebihi 36 bulan.

Dia juga yakin setelah pelbagai isu seperti permintaan melebihi bekalan dapat diatasi, rancangan untuk menarik pelanggan melakukan pajakan boleh dilaksanakan. Sekali gus meningkatkan jualan pada masa akan datang.

Google ads
Back to top button