
PANDU KERETA LAWAN ARUS DI LEBUH RAYA, POLIS TAHAN SUAMI ISTERI
Warganet baru-baru ini kecoh apabila video rakaman memaparkan sebuah kereta secara melawan arah tular di pelbagai platform media sosial.
Menurut laporan, kejadian berkenaan berlaku di Kilometer 17 sehingga 19 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH).
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya berjaya menahan pemandu serta penumpang yang terlibat.

Tangkapan terhadap pasangan itu dilakukan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di sebuah rumah di Mambau, Seremban.
Jelas beliau, hasil soal siasat mendapati bahawa kenderaan suspek mengalami masalah di bahagian enjin.
“Tindakan melawan arah itu adalah untuk mencari bengkel bagi membaiki kerosakan kenderaan mereka,” katanya.
Turut dirampas ialah sebuah kereta jenis Proton Wira yang dirakam dalam video tular itu dan dibawa ke balai trafik untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE
- BACA: PEGAWAI POLIS NYARIS MAUT DALAM KEMALANGAN DUA BMW – PANJANG UMUR ABANG NI (VIDEO)
- BACA: TIDUR DENGAN TENANG SELEPAS KEMALANGAN, PEMANDU DAN PENUMPANG RUPANYA POSITIF DADAH
- BACA: KEMALANGAN LIBATKAN LAMBORGHINI AVENTADOR ULTIMAE ROADSTER DAN ULTIMAE COUPE – MASAKLAH PEMANDU VALET YANG TERBABIT
- BACA: TERKENA RENJATAN ELEKTRIK KETIKA BANTU ANAK TERLIBAT KEMALANGAN MAUT







