
PEGAWAI POLIS NYARIS MAUT DALAM KEMALANGAN DUA BMW – PANJANG UMUR ABANG NI (VIDEO)
Video kemalangan sewaktu adegan kejar mengejar polis memang dah biasa kita tengok begitu juga denga kemalangan melibatkan polis tengah menyaman pesalah trafik. Video kali ini memang rare dan tak terjangkau dek akal. Penahanan trafik biasa telah bertukar menjadi tragedi dengan kemunculan sebuah BMW M3 yang hilang kawalan.

Rakaman bermula dengan tenang di tepi lebuh raya Fairfax, Virginia. Jelas kelihatan dari kamera kereta peronda seorang pegawai polis dengan bercakap dengan seorang pemandu BMW 7-series untuk pemeriksaan rutin trafik.
Pegawai tersebut berada di bahagian sisi penumpang hadapan BMW tersebut untuk keselamatan dan dilihat sedang berkomunikasi dengan pemandu.
Tiba dari kejauhan kelihatan sebuah BMW M3 F90 meluncur laju di selekoh sehinggakan tayar belakangnya mula menggelongsor dan hilang kawalan. Ia berpusing meluncur merentasi lebuh raya dengan kelajuan tinggi sebelum menghentam bahagian sisi BMW 7-series yang berada di hadapan kereta peronda.
Pegawai tersebut mungkin menyedari kejadian tersebut sebaik mendengar bunyi seretan tayar dan kemudian bergerak melarikan diri ke arah kereta peronda beliau. Impak perlanggaran menyebabkan BMW 7-series menghentam rel penghadang lebuh raya. Kalau pegawai tu tak sempat lari memang terhimpit terus kat situ.
Kalau rel penghadang tak ada kat situ rasanya dua-dua BMW tu dah selamat jatuh ke bawah cenuram tu. Allahu.
Pemandu BMW 7-series mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital dan tidak dikenakan sebarang saman. Lain pula halnya dengan M3 yang rupa-rupanya dipandu oleh BBNU berusia 17 tahun. Patut la pandu macam nak ke alam yang lagi satu. Dah la cedera kena pula dihadapkan ke mahkamah kerana memandu dengan melulu.
Pengawai polis kita hanya mengalami kecederaan ringan tapi trauma mental tu mungkin akan ambil masa bertahun-tahun untuk reda. Syukurlah tak ada nyawa yang terkorban.